"Dia..."
"...Hidup lagi."
SUDAH berkali-kali Nek Bedah cuba menelefon cucu kesayangannya itu. Sampai sekarang tak dijawab-jawab. Ke mana pula si Seroja? Selalunya jam sebegini gadis itu sudah berada di rumah. Kalaupun Oja pulang lambat, dia tidak pernah terlepas dari mengabari Neneknya itu tentang kepulangannya.
Nek Bedah matikan panggilan. Dia menimbang-nimbang telefon Nokia. Apa mungkin telefon gadis itu kehabisan cas? Nek Bedah cuba menyedapkan hati sendiri.
"Oja, Oja. Ke mana pula kau pergi ini?" ujar Nek Bedah risau.
Nek Bedah bingkas bangun dari atas sejadah. Tekak yang berasa dahaga, perlu disejukkan dengan segelas air sejuk. Kaki tuanya menuruni dua anak tangga untuk ke dapur. Peti sejuk dituju.
Air sejuk yang dituang separuh ke dalam gelas sudah habis diminum. Nek Bedah mengurut dadanya. Kerisauannya terhadap Seroja kian bertambah setelah titisan hujan mula kedengaran di atap rumah. Angin bertiup kencang. Guruh berdentum kuat dan kilat memancar di langit. Bermula dengan gerimis tipis. Semakin lama semakin kuat bunyi hujan yang menimpa tanah.
"Ya Allah, engkau lindungilah cucu ku walau di manapun dia berada. Baliklah Oja, jangan buat aku risau sangat."
Kaki berbulu tipis yang dipenuhi kesan lumpur melangkah sesenyap mungkin ke arah Nek Bedah yang berdiri membelakangkan lelaki itu. Cukup sepasang mata dan ulas bibir yang terlihat di balik topeng kain. Dia menghayun pemukul besbol menuju tepat ke kepala Nek Bedah.
"Allahuakbar!" Nek Bedah rebah di atas lantai.
Sekelip mata sahaja, darah merah mula memenuhi kawasan itu. Pandangan mata yang mula kabur sempat menangkap wajah si pelaku sedang tersenyum kepada Nek Bedah.
Senyum itu...
Senyum penuh kepuasan.
Nek Bedah hembus nafas panjang sebelum matanya tertutup rapat. Nek Bedah senyum.
Senyum buat kali terakhir.
QAF toleh ke kiri bila dia terdengar bunyi tangisan di sebelahnya. Oja sedang menangis dalam tidur. Entah apa yang dia mimpikan hingga menitis air matanya.
"Erm..." Qaf teragak-agak mahu mengejutkan gadis itu.
Gadis comot yang kelihatan penat. Qaf gigit bawah bibir. Menahan dirinya dari mengelap air mata itu.
Dia tidak suka melihat orang yang dia sayang mengalirkan air mata.
Qaf berhentikan kereta bila tiba dikawasan rumah Nek Bedah. Direnung lama wajah itu. Wajah persis anak cina. Qaf mendekat bila Oja pusingkan muka ke arahnya. Tangan kasar Qaf naik ke pipi untuk menyeka air mata itu. Dan...
Oja menggeliat.
Menyedari akan hal itu, Qaf mengucap panjang dalam hati. Dia kembali ke tempatnya. Apa yang dia lakukan tadi cukup memalukan. Harap-harap Oja tak perasan.
"Dah sampai?"
Qaf angguk saja. Cuba berlagak biasa.
Oja gosok mata sehingga pandangan yang kabur bertukar jelas. Air mata diseka kasar. Dia menangis dalam mimpi rupanya. Patutlah sakit yang dia rasa lain macam bila dibawa ke realiti.
Pintu kereta dibuka. Oja tinggalkan Qaf dalam kereta tanpa berkata apa-apa. Qaf yang pelik dengan perbuatan itu, mengkori rapat di belakang.
Salam diberi, tetapi tidak ada yang menjawab. Tiada suara Nek Bedah ataupun suara dari peti tv yang menyambut kepulangan Oja seperti biasa.
YOU ARE READING
𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]
RomanceQaf Rayyan x Seroja Ainul Afiyyah Dalam menanti saat bahagia, Armel putuskan tunang dengan Qaf. Perkahwinan yang diatur oleh kedua orang tua. Tanpa rasa cinta dan sayang. Tak pernah bertemu, tak pernah bertukar nombor. Kalau bagi Qaf, dia terima saj...