Bab 37

579 30 6
                                    

"CANTIK-cantik lukisan Fiyyah. Sayang kalau tak letak kat gallery," ujar Qaf sendiri.

Jujur. Dia sendiri kagum melihat hasil tangan Oja. Berapa banyak jenis lukisan yang dia lihat, semua memiliki nilai tersendiri. Tetapi ada sebuah lukisan yang belum pernah dia lihat. Qaf mendekat. Dan kian menghampiri sebuah lukisan terletak di sudut bilik. Sudah berpindah tempat

Bila Qaf tarik. Tubuhnya mengeras. Lukisan itu terlalu indah jika dibandingkan dengan lukisan-lukisan yang lain. Seolah-olah ada kesedihan tidak terluah.

Jari Qaf menyentuh kanvas. Langit gelap, taburan butiran bintang, rembulan yang tidak henti dari menyinari alam. Dan turun pula pada ukiran nama berwarna emas.

Ainul Afiyyah

Qaf senyum kecil. Setelah lama dia perhati. Baru dia sedar, terdapat tompok-tompok berwarna merah mencomotkan lukisan tersebut. Bila dia bongkokkan tubuh, dan lihat dengan lebih dekat, barulah dia sedar.

Tompok-tompok berwarna merah itu merupakan darah.

Dahi Qaf berkerut. Dia menutup semula lukisan itu, dan bergerak pula ke arah meja di sebelah katil Oja.

Perut laci-laci yang tertutup, diperiksa oleh Qaf. Ada sesuatu Oja sedang sembunyikan dari dia. Dan dia harus tahu.

Hatinya gusar. Mendung gelap berarak ke langit cerah, membawa takungan air mata dan membasahi pipi cerahnya.

Qaf seka air mata bila dia menemukan surat dari hospital. Dan beberapa jenis ubat di dalam laci tersebut.

Saat surat dibuka, air matanya gugur buat kali kedua. Jiwanya hancur sekelip mata. Terasa bahagia yang berada dalam dakapan, hendak terbang jauh-jauh dan takkan kembali lagi.

Tetapi dia yakin akan ketentuan-Nya. Allah tidak akan menguji, melainkan mereka mampu untuk melalui. Dia yang dipilih, dan dia takkan menolak kehendak takdir.

Tetapi selagi dia mampu untuk berjuang. Akan dia pertahankan bahagia itu hingga ke akhir nafas.

Akan dia pertahankan seperti mana dia menggalas tanggungjawab sebagai pelindung tanah air.

"Jadi..."

Qaf menyeka air mata. Oja tidak boleh lihat dia menangis. Jiwa itu sedang bersedih. Dan sepatutnya, dialah orang yang akan memberi semangat, dan sokongan untuk mendapatkan rawatan. Tapi jiwanya tak kuat berdepan dengan Oja.

"Awak dah tahu?"

Qaf bangun menghadap Oja. Dia koyak senyum tipis pada bibir. Tetapi senyum itu tidak semekar bunga di pagi hari.

"Tahu. Kenapa Fiyyah rahsiakan daripada abang?"

Sebenarnya, dia berasa sedikit kecewa terhadap perbuatan Oja kerana merahsiakan masalah kesihatan daripada Qaf. Dia yang paling dekat, dialah orang pertama yang harus tahu. Tapi rasa kecewa itu dia lepas jauh. Ada hati yang sedang bersedih.

"Sebab saya tak nak menyusahkan awak." balas Oja lembut.

Salah dia kerana merahsiakan perkara yang melibatkan nyawa sendiri, tetapi dia pun agak terkejut dengan khabar yang disampaikan oleh doktor. Dia tidak mahu menerima, dia tidak boleh juga menolak kenyataan. Tetapi dia yang dipilih.

Tuhan menguji, dan dia diuji.

"Abang tak pernah anggap Fiyyah menyusahkan hidup abang. Sedikit pun tak pernah. Kenapa Fiyyah rasakan macam tu?" Qaf menghembus nafas. Ditatap lama wajah isterinya.

"Fiyyah, isteri sah abang. Fiyyah tanggungjawab abang. Fiyyahlah penyeri hidup abang, andai kata Fiyyah pergi dulu, mampu ke abang hidup macam ini lagi?"

𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]Where stories live. Discover now