Bab 39

589 30 6
                                    

MITSUBISHI Triton yang dipandu laju oleh Ng Loi membawa tiga orang penumpang bersama. Dora di hadapan, sementara Hao menemani Jack di belakang.

Jalan sunyi bertemankan bunyi cengkerik. Sengaja Ng Loi membawa mereka melalui jalan pintas yang sudah semestinya tidak diketahui oleh pihak berkuasa.

Berjarak sedikit di hadapan, terdapat sebuah kereta Alphard berwarna hitam yang memuatkan ahli-ahli Diamonds dan Dragon. Serta sebuah trak putih yang membawa bekalan kokain.

Malam sepi bertemankan mimpi yang terasa jauh untuk dikecapi.

Dora lemparkan pandangan ke luar cermin kereta separah terbuka. Pokok-pokok tinggi menjadi sasaran labuhan matanya. Mana tahu, di sebalik rumput-rumput. Terdapat penembak tepat yang menyasarkan kedudukan mereka. Dora senyum mengherot. Kaca mata dirapikan sebaik Ng Loi menambah kelajuan pada pemanduannya.




MUNCUNG sniper mula mencari sasaran. Baca kelajuan angin, sebelum peluru dilepaskan. Penembak tepat dari 69 Komando meniarap di atas bumbung bengkel. All cover serba hitam memburu mangsa.

Senyap. Tepat. Dan pantas.

Luqman di sebalik pokok, mengintai keberadaan musuh melalui teropong sebelum memaklumkan kepada rakan sepasukan melalui alat pendengaran.

Laluan bersih di hadapan. Luqman mengambil langkah penuh berhati-hati, diikuti oleh LKP Fahmi di belakang.

Colt M16 merintang di dada. Side Gun terdiri daripada pistol Glock, bom cincin dan pisau komando. Google Night Vision tak dilupa. Muka comot dengan calitan Face Camouflage serta peluh yang sudah biasa membasahi dahi. Debaran di dada usah dikata. Kencang seakan pukulan ombak.

Bukan kerana rasa takut terhadap musuh. Tiada apa yang patut ditakutkan melainkan-Nya.

Cuma rasa teruja dapat berkhidmat pada negara. Mempertahankan, dan memperjuangkan hingga ke titik akhir.

Takkan gentar meski musuh selangkah di hadapan.

Luqman berhenti bergerak. Dia menoleh ke belakang memandang LKP Fahmi.

LKP Fahmi mengerti apa yang dimaksudkan oleh Luqman. Dia bergerak ke kiri dan memilih sebatang pokok untuk dijadikan sebagai tempat perlindungan.

Berpuas hati. Luqman memerhati keadaan sekeliling melalui teropong. Di luar kawasan kilang kayu, terdapat dua buah kereta serta sebuah trak putih baru tiba di situ.

"Tuan, mereka dah sampai," maklum Luqman kepada ASP Mizan yang mengetuai operasi pada malam itu.

"Ok. Ikut plan asal." putus ASP Mizan.

"Over." Luqman berada dalam keadaan bersedia.

Bersedia untuk diserang, dan menyerang.




"Man On." tegur Feng Cao ( Selamat malam )

Jack membalas huluran tangan itu. Kedua-dua mereka tersenyum penuh makna.

"Lei homa?" soal Feng Cao sekadar berbasa-basi. ( Apa khabar? )

"Baik sahaja. Nak suruh aku mati awal ke apa?" Jack tergelak tipis. Feng Cao juga terikut sama.

"Mari masuk, Ah Chau tunggu kat dalam." ajak Feng Cao.

"Dia tunggu punya lama. Sudah janji pukul lapan setengah, dia sampai sejam lebih awal. Ah-ya, ini orang tua betul-betul rindukan kau woh," ujar Feng Cao lagi.

Bibir Jack sumbing sebelah. Dia mengusap dagunya. Datuk Sufian menggunakan nama Ah Chao rupanya. Patutlah dia tidak kenal bila Feng Cao menyebut nama samaran Datuk Sufian.

𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]Where stories live. Discover now