Bab 19

783 51 62
                                    



Usai menghidangkan kuih karipap, mi goreng, dan seteko teh panas di atas meja buat santapan pagi. Oja tersenyum kecil. Buat masa sekarang, hanya itu yang dia dapat lakukan. Bukan dia malas mahu memasak, cuma Makcik Anis yang tak benarkan.

Awal-awal lagi dia diberitahu oleh Qaf. Kerja di dalam rumah, biar mereka yang uruskan. Oja tidak perlu campur tangan.

Puan Sofia yang baru selesai berjoging di taman, mengatur langkah ke dapur. Tuala kecil yang tersangkut dileher, mengelap manik-manik peluh. Mata mencerlung sinis ke arah Oja. Sisa air dikesat. Penutup botol diketatkan. Puan Sofia mendekati Oja.

"Makanan yang kau masak ini, selamat ke kalau aku nak makan? Kot lah kau bubuh racun sebab nak tengok aku mati awal. Dapatlah kau kikis harta keluarga aku, kan?" Hambur Puan Sofia. Bibir sumbing sebelah.

"Ta... tak... Oja tak..." Tergagap-gagap dia berkata. Renungan mata mama, jangan dikata. Tajam bak pedang.

Hanya sekali hamburan, mampu menusuk ke dalam hati. Tetapi dia tahu dan faham. Kalau dia ditempat mama, marahnya pun membuak-buak. Harapannya sirna begitu saja apabila dia tidak dapat bermenantukan pilihan sendiri. Bukan hendak melawan ketentuan takdir, selagi dia boleh cari dan pilih. Dia akan buat!

Tetapi, hati Qaf sudah memilih. Mama tak mampu berkata memandangkan tarikh majlis perkahwinan itu kian mendekat. Terima? Mana mungkin dia mahu menerima Seroja Ainul sebagai menantu kesayangannya.

Kalau nak dapatkan title itu, ataupun mendengar mama memanggil dengan gelaran 'menantu kesayangan.'

Dia perlulah berpendidikan dan berasal dari keluarga baik-baik saja.

"Kenapa? Apa yang aku cakap, kira betullah kan? Kau tak payah nak berpura-pura baik depan aku lah, perempuan. Aku ini... tak termakan dengan umpan kau tu." Sinis kata-kata yang ditujukan kepada Oja.

Jari telunjuk ditala ke muka pucat Oja. Puan Sofia menunjal dahi licin Oja sehingga gadis itu berundur beberapa langkah dan hampir-hampir melanggari kerusi meja makan.

"Kau kena ingat baik-baik. Jangan fikir kau dah kahwin dengan anak aku, hidup kau akan berubah seratus peratus macam anak raja. Kau silap, perempuan. Kau silap!"

Darah merah menyirap naik ke kepala. Lihat saja muka Oja, buatkan amarah yang tertahan meletus bak gunung berapi. Hilang kesabarannya bila berdepan dengan Oja.

Oja tidak mampu berkata. Hendak melawan, keberanian tidak ada pada dirinya.

"Sa... saya minta maaf kalau kehadiran saya dalam keluarga ini, buatkan hati mama sakit sangat-sangat. Saya minta maaf..."

Takungan air mata jatuh berderai di pipi. Deras seperti hujan mencurah ke bumi. Tangkai bunga Seroja yang menjulang tinggi dengan bunga tidak mengembang, bergoncang bila seekor katak melompat ke atas daun teratai. Hati yang dilanda kelukaan, dibebat dengan air mata.

Tidak diseka, hanya dibiar menumpahi pipi cerah.

"Mama? Siapa benarkan kau untuk panggil aku dengan perkataan begitu? Aku tak ingin nak dengar dari mulut busuk kau itu. Aku tak ingin!" herdik Puan Sofia.

"Tapi, saya dah lama tak panggil Mama. Boleh kan, untuk kali ini saja?" Oja tayang senyum tipis. Mama menggeleng.

"Dah berani menjawab, eh kau? Kau kena ingat baik-baik perempuan. Aku... benci tengok muka kau. Aku benci dengan diri kau. Kenapalah Yan boleh terjatuh hati dekat kau ini? Rupa pun tak ada, dah macam cempedak busuk aku tengok."

Lagi dan lagi sindiran dan kata pedas diterima oleh Oja. Oja sekadar tersenyum dan mengangguk. Bola matanya kosong tanpa sinar.

"Kalau muka saya macam cempedak busuk, kenapa anak Mama boleh terjatuh hati kat saya? Saya ini cantik tau, mama. Hanya orang tertentu je yang dapat lihat kecantikan saya, tapi sayang... mama tak dapat nak lihat." balas Oja. Perlahan.

𝐐𝐀𝐅 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐄𝐑𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 [OG]Where stories live. Discover now