Duduk dibirai katil melihat susuk tubuh tegap itu berdiri dengan sikat
ditangannya di hadapan meja solek.
Menyisir rambut.
"Fea boleh je duduk dekat rumah kita." Ujar Sofea perlahan
"Tapi abang risau Fea sendiri,abang pergi lama ni." Balas lalu meletakkan sikat.
Melangkah dan duduk dibirai katil.Saling berpandangan.
"Fea boleh je jaga diri sendiri." Pujuk lagi seperti sebelum ini.
"Pantang lagi ni,duduk rumah sini ada ramai boleh tengokkan."
Risau mahu tinggalkan isterinya itu sendirian di rumah mereka.
"Pantang tapi takde baby." Balas perlahan hampir tidak kedengaran
Uzair yang mendengar mula menarik isterinya mendekat.Dipeluk erat.
"Bukan rezeki kita lagi.Jaga diri untuk abang.Abang risau kalau Fea duduk sendiri dekat rumah kita.Duduk sini ya."
Kenangkan isterinya itu tiada sesiapa jadi keluarganya dirasakan boleh menjadi penjaga sementara waktu ini.
"Fea minta maaf kalau Fea belum mampu bagi baby pada abang."
Dagu disangkut pada bahu suaminya itu.
Dua tangan dirangkul kemas dibelakang badan lelaki itu.Suasana hatinya sebu bila sudah tiga kali keguguran.
"Kenapa nak minta maaf?Isteri abang tak salah pun,bukan rezeki kita ni sayang."
"Mak mesti makin tak suka Fea."
Kenangkan itu gundah hatinya semakin bersarang.
"Haipp..apa cakap macam tu.Selama ni mak okey je kan.Mak faham,jangan banyak fikir sangat." Lalu sisi kepala Sofea dikucup lama.
Selama dua tahun perkahwinan ini dirasakan segalanya lengkap.Cuma mereka belum dikurniakan anak.
Sofea cuma termangu lama.
Tak okey abang..mak tak pernah faham.
Ayat itu cuma mampu disimpan di dalam hati.Tidak mahu hubungan anak beranak itu berantakan.Jadi pedih hatinya disimpan kemas.
"Abang kena gerak sekarang." Ujar Uzair setelah agak lama berpelukkan begitu.
Sejak keguguran dan hal balik berpantang di kampung,isterinya sedikit pendiam.
Bila ditanya katanya semua okey,semua baik-baik saja.
"Sorry emo..Fea okey je duduk sini." Mula palsukan semula dirinya biar suaminya itu tidak risau.
"Kalau ada apa-apa,call abang.Sorry sebab tak boleh jaga sayang pantang kali ini." Sedikit serba salah bila kerjanya memanggil sekarang.
Seorang anggota berloreng biru begini buatkan waktu kerja dan komitmen pada kerja dan negara lebih diutamakan dari keluarganya sendiri.
"Takpe..Fea faham kerja abang.Dua minggu pun dah cukup.Fea dah okey ni."
Mula meleraikan pelukan.Memandang lelaki yang menikahinya itu dengan pandangan sayang.
Lelaki yang menerima dirinya apa adanya tanpa tapi.
"Jaga diri,abang sayang Sofea abang ni." Ujar Uzair perlahan.
Dahi isterinya itu dikucup lama.Lalu bingkai cermin mata Sofea sempat dibetulkan seperti selalu.
Sofea yang melihat peel itu mula tersenyum.Sejak bernikah lelaki itu memberi layanan manis dengan hal kecil begini.
"Sofea lagi sayang abang banyak." Gumam Sofea dengan beribu rasa hati.
ANDA SEDANG MEMBACA
UZAIR : KALI KEDUA (C)
RomanceFIFTH (SPIN-OFF EZRA RAFFAL'S DAN ZARILL) 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit ha...
