BAB 25

15.8K 577 30
                                        

Kem Marakah,Lubnan

"Makan sekali.Tuan." Sapa seorang anggota

Uzair melangkah dan duduk makan bersama beberapa orang anggota MALLBAT yang baru tiba tiga hari lalu.

"Saya dengar tuan dah setahun disini betul ke?"

"Betul la tu,dah nak balik ni." Balasnya tanpa riak.Membaca doa lalu makan perlahan.

"Waktu datang dulu,dia pun macam korang juga la.Rupa dah macam jeruk ubi.." Celah Leftenan Ahmad yang melangkah duduk sama.

Uzair tersenyum nipis.

"Tuan Uzair,Jeneral minta tuan ke pejabatnya sekarang." Sapa seseorang.

Uzair yang mendengar mula bangun.Lalu tray diletakkan semula ke tempat yang disediakan.Lengan baju yang dilipat kemas tadi diturunkan.

Melangkah ke pejabat pengawai itu laju.Sesekali mata dibawa melihat ke kawasan sekeliling.

"Panas terik." Matanya hampir tertutup bila cahaya matahari panas terik.Sampai di muka pintu.Pintunya diketuk lalu menyapa.

"Tuan." Tabik hormat seperti selalunya.
Berdiri tegak dihadapan meja kerja Leftenan jeneral Datuk Kasim itu.

"Kamu tak nak ubah fikiran?" Tanya lagi untuk kesekian kali.Sambil melihat skrin komputer di atas meja kerjanya itu sambil duduk menyandar tenang.

"Tak tuan."

"Baru 12 tahun services.Tak nak tunggu ttp (tarikh tamat perkhidmatan)?" Soal lelaki itu dengan keluhan.

"Saya pilih untuk tamat sekarang tuan."

"Mak kamu masih belum pulih?" Mula bangun dari duduknya.Berdiri memeluk tubuh.

"Belum tuan."

Datuk Kassim menggangguk faham.

"Saya tahu dah setahun kamu hantar permohonan ni.Jadi saya simpulkan kamu bersungguh dengan keputusan kamu."

"Saya cuma nak jaga mak saya tuan."

Selepas beberapa bulan di sini,
kedengaran berita emaknya selalu sakit. Tetapi dia ingatkan cuma sakit biasa.
Tetapi mendapat khabar tiba-tiba dari kaklong Hani menyatakan emaknya jatuh bilik air dan lumpuh separuh badan sehingga sekarang masih belum pulih.

"Apa back up plan lepas tamat khidmat?"

"Belum ada Tuan.."

Makin kedengaran keluhan berat lelaki itu.

"Kamu anak yang baik Majer Ahmad Uzair.Berhenti kerja sebab nak jaga mak tu bagus.Tapi tanpa ada perancangan masa depan.." Kata lelaki itu lalu menepuk dahi.

"Tu..tuan." Uzair serba salah

"Kamu rasa wang ganjaran cukup ke nak tanggung hidup kamu sampai umur 60 tahun nanti." Bebel pegawai itu.

Uzair cuma terdiam.Mata sudah terkebil-kebil.Kena marah.Dirinya terpaksa juga sekarang kerana kakak dan abangnya masing-masing mengelat mahu menjaga wanita itu.

Pakcik Daud pula sudah berhenti kerja
kerana menjaga makcik Hajar.Tetapi kudrat lelaki itu mulai merosot juga kerana selalu sakit.

Adiknya, Umar baru mula berkhidmat di selatan tanah air.Sakinah pula baru semester kedua pengajian di universiti.

Tiada sesiapa mahu diharapkan.
Keputusan menamatkan perkhidmatan dibuat olehnya awal tahun lalu.Saat tahu emaknya lumpuh dan semakin kuat keputusan itu dibuat bila adik beradiknya mulai bertengkar dan masing-masing menunding jari.

UZAIR : KALI KEDUA (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang