BAB 61

24.3K 660 78
                                        

Suasana rumah itu masih kelam,masih sama seakan beberapa tahun dulu.Yang berubah cuma isi rumahnya yang bertambah.

Duduk di bangku batu berdekatan kebun ubinya itu melepaskan lelah.Melihat ke arah kereta sorong yang penuh isi ubi kayu di tepi batas ubi yang sudah di tuai hasil.

"Buleh la,buat hilang bosan." Gumam pakcik Daud sendirian.

Terkenang anak-anaknya buatkan hati sedikit tenang sekarang.

Sejak berhenti kerja sesungguhnya menjaga isterinya itu,soal wang ringgit bukanlah hal sulit baginya lagi.

Makin lega bila anak bongsunya,berjaya tamatkan pengajian baru-baru ini hasil dari bantuan kewangan dari anak-anak lain.

"Ayah..lega dah Achik,tapi semua ni tak lengkap kalau achik menjauh dari mak dengan ayah."gumam perlahan

Tahu anak itu paling banyak berkorban sejak awal.

"Allah dah gantikan dengan kerja lebih dari gaji dulu..."

Seketika kedengaran enjin kereta perlahan masuk ke halaman rumah.

"Banyak ke Yah?" Sapa kaklong Hani melangkah lalu duduk di sisi ayahnya itu

"Banyak la juga,besar-besar hasil tu.
Anak-anak mana?" Tanya hairan

Mata dijenguk ke kereta mencari kelibat cucu-cucunya itu.

"Syakir ambil,bawa pergi bercuti katanya."

Pakcik Daud cuma mengangguk faham.
Selama dua tahun ini,tahu walaupun anak sulungnya itu sudah bercerai tetapi hubungan dengan Syakir masih berbaik kerana anak-anak.

"Tak mahu nikah balik?" Air kopi yang sudah sejuk diteguk sedikit.

"Hani selesa macam sekarang,Hani nak jaga mak ayah dengan anak-anak je dulu.Pasal kahwin tu nanti jela." Balas lembut

Sejak bercerai dan bermuhasabah diri.
Dirinya sedar ada banyak kelemahan dan kekurangan dirinya itu buatkan perkahwinan mereka terkandas.

"Syakir takde pujuk?"

"Pujuk la juga,katanya kesian dengan anak-anak.Tapi,Hani tak boleh terima hidup bermadu ayah." Wajah cuba dibiaskan tenang walaupun hakikatnya hati masih pedih.

Pakcik Daud cuma mengangguk sedikit.

"Ayah tahu susah nak terima,nak-nak madu tu kawan kamu sendiri."

"Ermmm..Achik ada call ayah?"

Agak lama tidak bersua dengan adik lelaki nya itu,terakhir kali bertemu sewaktu lelaki itu balik ke sini dan dipinang anak jiran mereka.

Heboh sekampung bila gosip tersebar menyatakan adik lelakinya itu "gay" selepas keesokan harinya.Hingga sekarang masih hangat perihal itu.

Ada kesal dan rasa bersalah menggunung pada dirinya.Tahu adik lelakinya itu sengaja fitnah diri sendiri kerana mahu hentikan fitnah pada Sofea.

"Ada..macam biasa la,bagitahu kirim duit." Mengeluh berat kenangkan anak itu

"Dia marah lagi.." gumam kaklong Hani.

"Ayah faham perasaan dia.Semua ni ambil masa nak pulih Hani,cukup la dia tak belakangkan ayah dan buang keluarga ni."

"Hani kalau boleh nak jumpa Sofea,Hani kena minta ampun dengan dia ayah."

Beban rasa bersalah itu di pikul dengan hati yang nanar hingga sekarang.Teringat peristiwa ditumbuk adik sendiri,
terasa seriknya tidak main-main.

"Kalau Fea tak sudi balik ke sini,ayah pun tak boleh buat apa Hani.Tapi ayah yakin suatu saat dia akan jejak kaki ke sini semula bila hati dia dah redha dengan hal dulu."

UZAIR : KALI KEDUA (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang