BAB 22

14.7K 551 29
                                        

Melihat lelaki itu melangkah keluar,Sofea memangku Zara turut ikut sama mengekor di belakang.

"Terima kasih ayah." Ujar Sofea dengan mata berkaca.

"Sama-sama,ayah tolong setakat ayah mampu."

"Sofea minta maaf.Tapi sungguh Sofea tak buat ayah."

"Ayah tahu,ayah yakin tu.Ini cucu ayah." Balas pakcik Daud .Lalu ubun-ubun kepala cucunya itu dikucup sekilas.

"Terima kasih banyak sebab jadi saksi untuk buat sijil lahir Zara."

Selepas melahirkan,dicuba menelefon lelaki itu.Dan kesudian bapa mertuanya datang ke mari sungguh besar maknanya kepada Sofea.

"Sama-sama.Ayah minta maaf kalau anak ayah tak cari dan terus hilang,ayah tahu dia kecewa berat.Semoga semua kebenaran terbongkar nanti." pakcik Daud serba salah. Dirinya tahu Sofea bukan wanita seperti itu. Tetapi susah mahu diperjelas bila tiada bukti kukuh.

"Takpe,Sofea faham ayah."

Melihat bapa mertuanya itu lama.Terharu kerana lelaki ini mahu bertanggungjawab untuk anak lelakinya.

Datang ke sini menjadi saksi bersama salinan dokumen diri Ahmad Uzair itu secara diam tanpa diketahui makcik Hajar atau anak-anaknya yang lain.

"Ayah balik dulu,jaga diri.Kalau ada apa-apa cari ayah.InshaAllah ayah cuba tolong."

Sofea menggangguk faham.Lalu tangan tua lelaki itu di kucup sekilas.

Pakcik Daud sempat memandang cucunya lagi. Di kucup lama anak kecil itu sebelum berlalu.

"Alhamdulillah..nama awak Izara Andara binti Ahmad Uzair mulai harini." Gumam perlahan.Rambut halus bayi perempuan yang berusia 51 hari itu di usap lembut.

"Lega..siap juga sijilnya.Mujur sempat." Pakda tersenyum.Lalu diambil anak kecil itu.

"Terima kasih Pakda dan abang Nazeem. Banyak bantu sepanjang urusan tu."

"Kalau nenek sana tak nak Zara.Zara ada Nekda okey." Kata Makda.Dikendong cucu angkat itu.

"Naz kena balik petang ni." Celah Nazeem

"Takpelah,dah banyak hari Naz dekat sini.Mak faham.Kalau senang bawa Idah dan anak-anak balik sini."

Sofea cuma mendengar tanpa mencelah.
Sejak duduk disini sudah mengenali anak beranak makda dan pakda.Abang Nazeem sudah berkahwin dan punya tiga anak.Manakala kak Nora juga sama.
Masing-masing duduk jauh dari negeri ini.

Dipangku Zara lalu beg susu dan beg baju diambil di kerusi penumpang belakang

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Dipangku Zara lalu beg susu dan beg baju diambil di kerusi penumpang belakang.

"Zara duduk elok-elok dengan Cikna tau,jangan nakal."

Lalu Izara yang berusia lima bulan dikucup bertalu-talu.

"Cikna,harini Fea ambil tengahari ya." Ujar Sofea saat anaknya diberi kepada wanita sebaya makda itu.Pengasuh di kawasan berdekatan kilang tempatnya bekerja.

UZAIR : KALI KEDUA (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang