BAB 35

21.2K 702 152
                                        

Memberhentikan kereta di hujung lorong.
Baru mahu melangkah keluar di tegur.

"Jangan melekat dalam tu lama sangat.
Kalau tuan tahu,mati kita ni." Bebel Rehal dengan dahi berkerut

"Kejap je la.kau tunggu sini." Balas cepat.
Melangkah ke rumah teres itu perlahan.

"Siang buta macam ni kau nak pecah masuk rumah orang.gilerrr la mat beku ni." Bebel Rehal sambil digaru kepala tidak gatal.

Sejak dua hari lalu jadi jaga untuk lelaki itu di kawasan perumahan ini.Melihat dari dalam kereta.Kelihatan lelaki itu sudah melompat pagar.

"Demi mu janda ku." Ujar Rehal sudah ketawa.

Hampir setahun bekerja dengan lelaki itu yang padanya tampak dingin dengan bias wajah seperti batu.

"Batu-batu pun ada taman bunga." Gumam Rehal sendirian.Lalu tersengih.

Uzair di sana mula memasukkan kunci pendua di tombol.Hasil kerja dua hari lalu,semuanya di susun atur kemas.

Masuk melangkah ke ruang tamu rumah itu.Melihat ruang yang ada.Lalu bibir ternaik senyuman.

"Masih sama."

Tahu Nurul Sofea itu pengemas orangnya.
Tidak perlu banyak perabot tetapi tetap menjadi "rumah".Tetap tenang itu wujud di ruang ini.

"Abang rindu." Rasa ruang rumah ini sama seperti ruang rumah kuarters mereka dulu.

Melangkah ke bilik tidur lalu mencari apa yang dimahukan.Satu-satu laci almari dibuka.Satu fail diambil.Melihat dokumen penting disitu.

"Izara Andara Binti Ahmad Uzair."

Melihat dan membaca sekeping kertas yang tertulis sijil lahir itu dengan mata berkaca.

"Anak kau Zir." Gumam perlahan suara mahu serak.

Menutup lalu di simpan semula semuanya.Berdiri lalu almari baju di buka.
Pakaian yang ada cuma pakaian wanita dan kanak-kanak.

"Masih janda aku ni." Gumam tersengih.

Ditutup kemas semuanya.Satu baju anaknya itu diambil.Dilipat kemas lalu di simpan di poket seluar kargo yang dipakai.

Frame gambar di meja solek di lihat lama.

"Nanti papa jumpa Zara."

Satu jari dibawa mengusap frame itu.

Sendu hatinya ini.

"Disebabkan kau masih janda aku,cukup dah masa aku bagi kau untuk cari jodoh lain.Tamat di sini Nurul Sofea." Gumam perlahan

Laci meja solek pula ditarik.Lalu seikat duit setebal seinci diambil dipoket seluar lalu diletakkan disitu.

Melihat pula kotak kecil hitam yang ada.
Diambil lalu di buka penutupnya.Kelihatan perhiasan beberapa butir ada di dalam bekas itu.

Satu keluhan dilepaskan.

"Nanti aku sarungkan balik cincin ini."

Satu cincin diambil dan disimpan di poketnya.

Melangkah ke dapur pula.Kelihatan satu periuk di atas dapur.Melangkah lalu diangkat penutupnya.

"Abang rindu masakan Fea."

Mood delulunya teruk sekarang.

Nafas dihela panjang.

Mengitari semua ruang yang ada.Melihat mainan dan buku sekolah anaknya di bilik kedua pula.

UZAIR : KALI KEDUA (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang