Bangun awal pagi,lalu melangkah ke tandas yang ada.Bersihkan diri dan menukar pakaian.Lalu mengambil wuduk.
Melangkah ke katil Ummi Zaliha semula,
dilihat wanita itu mula terjaga.
"Fea pergi solat sekejap." Bisik Sofea lembut dengan suara sedikit serak.Sejak semalam mulai tidak sihat.
Ummi Zaliha cuma mengangguk.
Lalu melangkah ke ruang solat yang disediakan dihujung wad berkenaan.Siap solat lalu balik ke katil ummi Zaliha semula.Mula mengambil besen kecil dan mula lapkan perlahan tubuh itu.
Pampers ditukar baru.Baju baru juga disalin biar elok semula.Sejak petang semalam Umminya itu sudah tidak memakai topeng nebulizer tetapi ditukar kepada nasal cannula.
"Ummi dah bersih.Tolong Ummi ambil wuduk,ummi nak solat." Pinta Ummi Zaliha perlahan.
Sofea cuma mengangguk lalu membantu wanita itu bangun.Dan sebotol air mineral diambil.Lalu dicurahkan perlahan-lahan air yang ada bila ummi Zaliha mulai sedikit kuat untuk bangun dan duduk.
Lalu meninggalkan wanita itu solat dikatilnya.Cawan dan serbuk koko dilaci diambil.Lalu tiga sudu disendukkan.
Cawan dan bekas air panas dibawa ke ruang pantri yang ada.
Suasana wad ini,mulai cerah dan dipasangkan lampu bila jam mulai tujuh pagi.Kedengaran suara bercakap-cakap disekitar ruang.
Air panas dimasukkan ke cawan yang dibawa tadi.Lalu air suam di isi ke botol tadi.
"Awal siapkan ummi dia." Sapa jururawat yang bertugas tersenyum memandang Sofea
Sejak semalam duduk dimeja kerja panjang itu.
"Dah biasa awal.Agak-agak ummi saya boleh discharge harini tak?"
Sempat berbual.
"Tak tahu lagi,masih on antibiotik tu puan.Tunggu doktor round pagi nanti puan tanya." Balas lembut
Sejak berumah disini tiga hari lalu sudah ramah dengan jururawat yang ada.
"Baik.." Senyum tipis lalu melangkah ke katil Umminya semula.
Tirai yang menutup diselak sedikit.
Kelihatan Ummi Zaliha sudah siap solat subuhnya.Meletakkan cawan dan botol air tadi.Lalu tirai yang menutup ruang katil itu ditarik dan dikemaskan semula.
"Ummi kena check gula kejap lagi,jadi boleh minum air suam je dulu." Ujar Sofea lalu botol air tadi dibuka penutup.
Dituang sedikit.
"Dah macam nurse tu." Balas Ummi Zaliha tersengih
"Hari-hari duduk sini,dah reti sikit ni."
Tersenyum lalu membantu Ummi Zaliha minum sedikit.
Mula duduk semula.Lalu ketip kuku di tas tangannya diambil.Perlahan dipotong kemas kuku yang sedikit memanjang.
"Ummi lega tengok Fea sekarang."
"Kenapa??ummi mesti ingat Fea nakal sebab tak dengar cakap ummi dulu." Balas dengan senyuman
"Betul la tu.Kalau Fea dengar kata ummi sambung belajar dulu mesti Fea dah berjaya lagi sekarang."
"Fea tak nak susahkan ummi.Ummi dah jaga Fea dari kecik pun dah bersyukur.
Terima kasih bagi nama baik-baik untuk Fea.Ummi mak Fea dunia akhirat." Ujar Sofea perlahan.
"Ummi jaga sebab ummi sayang semua anak-anak ummi,Fea salah satunya.
Takpe mungkin Allah lorongkan Fea dengan takdir sekarang.Ummi bersyukur dah ni."
Sofea cuma mengangguk.
"Sal cuti kut harini..nanti dia bawa bekal datang tengahari."
"Ye tahu..Fea pun balik la,berehat.
Nampak tak sihat ni."
ANDA SEDANG MEMBACA
UZAIR : KALI KEDUA (C)
RomanceFIFTH (SPIN-OFF EZRA RAFFAL'S DAN ZARILL) 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit ha...
