Beberapa bulan kemudian
Melangkah beriringan keluar dari bilik air,
lalu duduk isterinya itu ke birai katil.
"Okey sikit?." Lalu minyak cap kapak diambil di meja sisi.
"Okey." Balas dengan suara serak
Tetapi tapak tangan dipekup di hidung dan mulut.
Baru sudah muntahkan semua isi perutnya tadi.
Uzair yang melihat sudah melorot bahu.
"Fea tak suka bau tu,sorry." Ujar perlahan
Mahu ketawa melihat wajah suaminya yang baru pulang dari kerja dengan bauan berbagai di tubuh dan bajunya itu.
"Sorry..lupa tadi." Lalu minyak cap kapak tadi dibuka penutup.
Diletakkan minyak itu dihujung jari,lalu sapu ke leher dan baju yang dipakai.
Sudah macam minyak wangi gayanya.
Sempat mata dikelip-kelipkan bila terasa pedih mata.
Duduk dibirai katil,lalu merangkul tubuh Sofea.
Peluk erat semula.Tadi tak sempat peluk.
Hampir dua hari tidak bertemu.Rindu.
"Ini baru wangi." Ujar dengan sengihan
Lalu membalas pelukkan itu,di hidu celah-celah leher suaminya.
Sejak tiga minggu lalu,mulai alahan dan alahannya lain macam,bila tak suka bau suami sendiri.
"Mandi minyak angin la papa macam ni baby." Gumam perlahan
Sejak tahu Sofea hamil,diterima sahaja peel isterinya itu dengan senang hati.
"Sorry...Tak tahu kali ni kena alahan."
"Takpe..sikit je." Balas tenang
"Abang dah makan?."
Lalu leraikan pelukkan mereka.
"Belum,nak mandi kejap.Biar je,nanti abang ambil sendiri.Duduk sini,tunggu abang mandi."
Mula bangun,baju yang tersarung dilucutkan.Sempat dilihat sekilas jam dinding.
Hampir 1 pagi.
Kerja tiba-tiba dari team ASE sejak semalam.
"Fea panaskan lauk kejap je." Mahu ikut bangun sama
"Haipp..duduk diam-diam." Sempat mata tajam-tajam mencerlung.
"Okey..okey." duduk semula.
Memandang lelaki itu.
"Duduk diam-diam.Kalau mengantuk tidur sayang."
Tahu isterinya itu belum tidur bila tahu dirinya pulang lewat malam.
"Dah tidur siang,tak mengantuk ni."
Uzair sudah menggeleng kepala.
Sejak hamil,jadual tidur Sofea juga lari teruk.
Melangkah,lalu mandi.
Keluar semula ke dapur keduanya.
"Kes apa dekat sana abang?." Soal Sofea sambil sendukkan nasi.
Uzair pula sibuk panaskan lauk,
"Kes orang kaya-kaya lagi." Balas Uzair tidak beriak
Sofea menggangguk faham.
ANDA SEDANG MEMBACA
UZAIR : KALI KEDUA (C)
RomanceFIFTH (SPIN-OFF EZRA RAFFAL'S DAN ZARILL) 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit ha...
