Duduk di kerusi klinik kesihatan itu sambil menunggu giliran namanya dipanggil.
Selepas berubat pertama kali dengan Ustazah Roziah.Pada keesokan harinya makda dan pakda membawa Sofea ke klinik semula membuat pemeriksaan.
Dan sungguh benar di rahimnya ketika itu sedang tumbuh satu nyawa yang sudah berusia 8 minggu.
Syukur Alhamdulillah..sempat selamatkan.
Tangan naik mengusap perutnya yang mulai kelihatan.Usia kandungan mulai memasuki bulan ke lima sekarang.Dia masih meneruskan sesi berubat bersama ustazah Roziah untuk habiskan sisa sihir yang ada padanya.
Seketika kedengaran nama dipanggil.
Sofea mula bangun melangkah ke bilik rawatan ibu mengandung itu seperti kebiasaannya.Hampir satu jam di klinik itu mulai melangkah masuk ke perut kereta.
"Ye sabar..kejap kita cari makanan." Bual Sofea lembut.
Hasil pemeriksaan tadi,dapat di dengar dengup jantung anaknya.
"Awak dah besar ni.." Gumam Sofea tersenyum
Mula memandu balik ke kilang pakda semula.Tidak mahu manja dan susahkan kedua orang tua angkatnya itu.Sofea masih juga bekerja di kilang.
"Nanti kita makan,sabar sekejap." Bual Sofea bila perut mulai berkeroncong sekarang.
Sempat singgah membeli makanan dan alas perut dengan kuih.Selera makannya berlipat kali ganda. Memarkir Myvi merah pakda itu di ruang yang ada.Lalu melangkah perlahan masuk ke ruang kerja.
"Lambat hari ni?" Sapa kak Suri yang sibuk memasang pelekat pada botol plastik di depannya.Ruang kerja itu bising dengan bunyi mesin-mesin yang ada, beberapa orang kelihatan sibuk dengan kerja mereka.
"Check -up harini.Sofea bagitahu dah semalam kan."
Tahu wanita itu mahu cari pasal.Sejak bekerja dan mereka tahu Sofea hamil tanpa ada suami,semua seakan memandang serong padanya.
"Yelaa tu,pakda suruh habiskan 250 botol ni harini.Kau jangan nak mengelat lenguh ke sakit pinggang ke apa.Orang lain pun mengandung jugak." Bebel kak Suri dengan wajah jengkel
"Buat jela kerja,duk bebel kerja orang dah kenapa." Balas Sofea selamba.
Sejak sekarang hatinya mulai kebal.
Sudah penat ditindas.
Bangun Sofea,jangan lembik nanti orang buli kau.
Ayat itu selalu diterapkan ke dalam diri sejak tahu dirinya perlu kuat demi dirinya dan anaknya nanti.
"Sofea,dah makan?pergi makan dulu." Sapa pakda yang menjenguk
"Sofea siapkan yang ini dulu." Balas sambil tangan cepat mesin didepan mata di hidupkan.
"Ha yela,petang nanti sebelum Asar balik dulu.Singgah rumah Ustazah ya,pakda dan makda tak dapat teman harini." Ujar Pakda
"Baik,Sofea boleh pergi sendiri pakda."
Seketika pakda berlalu.
"Kau buat apa dekat rumah Ustazah tu kerap-kerap sangat?" Celah Milah pula
Kepochi.
"Tak ada apa,belajar iqra."
Tidak mahu hal peribadinya di ketahui orang.Sekarang dirinya sudah tidak percayakan sesiapa.Apa dikatakan orang,dipekakkan telinga.
Suara orang tak penting selagi bukan duit dia bagi kau makan Sofea.
Siapkan kerja sambil sesekali meneguk milo buat alas perut.Jam satu tengahari baru melangkah ke ruang makan.Mula makan nasi yang dibeli sebelum sampai ke sini tadi tanpa hiraukan sesiapa.
ANDA SEDANG MEMBACA
UZAIR : KALI KEDUA (C)
RomanceFIFTH (SPIN-OFF EZRA RAFFAL'S DAN ZARILL) 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit ha...
