Melangkah ke sisi katil lalu telefon di meja itu dicapai.Terlihat beberapa puluh pesanan dari group whatsapp tempat kerja lamanya itu.
Digesek skrin telefon itu,lalu pesanan dari awal dibaca hingga ke pesanan akhir dibaca dengan mata terpaku.
Kecoh perbualan mereka dengan isu berkenaan suami kak Nora yang dikatakan sudah di tahan pihak polis kerana disabitkan tuduhan beberapa kes jenayah.
Mujur kak Nora tiada di group berkenaan.
group yang ditubuhkan untuk mudahkan urusan kerja mereka kadangkala membawang dan bergosip di sana.
"Kak Hasnah agak dah..Sofea tak salah,
cuma kita takde bukti.Nora mesti la menangkan suami dia."- Kak Hasnah
"Ija pun agak macam tu..orang lain tak ada kunci kedai selain Raiha atau kak Pea je."- Ija
"Sorry Kak Pea,patutnya Rai teman kak malam tu.."- Raiha
Kelihatan perbualan mereka panjang dan sayu.Sofea cuma melihat kesemua pesanan itu tanpa mencelah lagi.
Sejak pertemuan dengan kak Nora di lobi tempoh hari,Sofea simpulkan dirinya sudah diberhentikan dan dibuang dari keluarga perancangan perkahwinan N&N itu.
Seketika kelihatan pesanan baharu masuk.
"Makan tengahari sama,aku ambil kejap lagi."
Pesanan daripada Ahmad Uzair timbul tiba-tiba.Hampir dua hari tidak kelihatan kelibat lelaki itu.
Sofea cuma membalas dengan simbol jari dengan tanda "okey".Lalu nafas dihela perlahan.Melihat ruang rumah ini dengan hati berbagai rasa.Sudah hampir dua minggu tinggal di sini.
Tidak betah.
Makin tidak betah bila terasa mengganggu ruang lelaki itu setiap hari.Melihat bekas suaminya itu bersusah tidur merata dan balik ke sini untuk bersiap, kadangkala terasa dirinya menyusahkan lelaki itu.
"Pindah la,cari rumah lain Sofea.sampai bila duduk sini." Gumam sendirian.
Lalu bangun bersiap-siap sendirian bila Zara masih di sekolah hingga jam empat nanti.Tas tangan dicapai,lalu kunci keretanya diambil siap-siap.Pintu dikunci rapat.Melangkah ke lif dan turun ke bawah.Duduk ditembok batu,termangu lama.
"Masuk laa...nak tidur situ ke?"
Kedengaran suara garau itu menyapa dari dalam kereta yang diturunkan cermin tingkap.
"Sorry.." Sofea jawab kalut.Melangkah ke perut kereta Audi Q8 itu terus walaupun dahi berkerut.
Kereta lain lagi...
"Menung apa lama sangat?" Soal Uzair terus.Memandu terus mencari tempat untuk makan tengahari mereka.
"Takde apa.." balas perlahan.Janggal bila tiada Zara bersama mereka.
"Nak makan apa ni?" Sempat tanya dulu.
"Ikut awak je ni."
"Yela...perut kita memang sama ni Nurul Sofea." Uzair tersengih.Mengerling jandanya itu sesekali dengan hujung mata.
"Awak kerja apa sebenarnya?" Tanya hairan.Makin hairan bila waktu kerja lelaki itu lain padanya.Dengan bertukar-tukar kereta selalu,Makin hairan bila sesekali kelihatan uniform kerjanya berlainan.
Ada hari dengan baju korporat bertulisan Ellvera.Ada harinya sut kemas bertali leher,kasut kilat dan kot dibadan.
Ada harinya baju biasa disarungkan.Ada harinya muncul di pintu rumah seawal pagi,ada harinya berhari-hari tidak muncul pula.
ANDA SEDANG MEMBACA
UZAIR : KALI KEDUA (C)
RomansaFIFTH (SPIN-OFF EZRA RAFFAL'S DAN ZARILL) 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit ha...
