BAB 31

17.5K 623 111
                                        

Menolak kerusi roda makcik Hajar itu masuk ke ruang perubatan darul Syifa Ustaz Azhar itu perlahan.

"Alhamdulillah sampai..Banyak halangan ni." Sapa ustaz Azhar ramah di muka pintu.

"Assalamualaikum Ustaz.. alhamdulillah sampai.sungguh,banyak dugaan nak sampai ni." Balas Uzair juga ramah.

Pakcik Daud menggangguk setuju.

Sepanjang perjalanan ke sini.Macam-macam hal jadi.Selain peel makcik Hajar itu sendiri,perjalanan mereka juga berliku.Tayar pancit,kerap kena isi minyak.Ke tandas juga berkali-kali.Perjalanan yang cuma 16 minit jadi satu jam lebih.

"Mari kita tengok apa ada." Jemput Ustaz Azhar

Lalu melangkah ke empatnya ke bilik rawatan.Mula rugyah saja makcik Hajar sudah seperti cacing kepanasan.

"Aku tak nak keluar lah,dia tuan aku pendampingnya."

Tiba-tiba orang tua yang mukanya senget setahun lebih boleh bersuara sekarang.
Mata dijegilkan dengan suara garau.

"Keluar la,dia dah tua mana larat nak pikul kau.Kau tu dah sebeban." Ujar Ustaz Azhar tenang.

Beberapa orang perawat juga berhempas pulas memegang tubuh makcik Hajar yang tiba-tiba boleh bangunkan tubuh duduk tegak.

"Tak nakkk...Dia ambik aku,dia kena bela aku.Dia tak boleh mati.." Jerkah makcik Hajar yang bukan dirinya.

Lalu pengsan setelah itu.

Kelihatan Ustaz Azhar menutup rugyah sedikit lama.

"Tak boleh habis cepat ni." Kata lelaki itu saat duduk di lantai.

Uzair mula mengendong makcik Hajar, diletakkan semula ke kerusi roda bila wanita itu mula terpisat-pisat sedar.

Duduk dilantai bertiga.

"Apa yang berat ni Ustaz?." Soal pakcik Daud risau.

Melihat wajah isterinya yang mulai senget semula.Tangan yang boleh bergelut tadi mulai keras sebelah semula.Tubuh yang duduk di kerusi roda juga kembali menyengat ke sebelah kiri seperti saat datangnya tadi.

"Isteri pakcik dah ambil sesuatu,dan makhluk itu duduk disampingnya." Balas lelaki itu lembut

"Tak mungkin Ustaz..saya kenal isteri saya.Tak mungkin benda-benda macam tu diambil."

Masih susah mahu percaya.

"Saya tak paksa pakcik percaya.Tapi kita semua di sini nampak,makcik yang waktu sampai tadi,dengan waktu saya rugyahkan dan waktu sekarang.Semua di sini jelas dengan perbualan tadi.Ada cctv kalau pakcik nak saya ulang tayang semula percakapan tadi." Balas Ustaz Azhar panjang.

Pelbagai jenis saka dan sihir sudah diubatinya.Faham jika ada manusia tidak mahu mempercayai.Itu terpulang kepada diri masing-masing.

"Macam mana nak ubatkan ni ustaz?" Celah Uzair

Risau.

"Cari asal makhluk itu datang.Sengaja ambil atau tak sengaja.Rawatan selanjutnya saya ke rumah pakcik.Kalau berubat di sini,makhluk itu tempat tinggalnya di rumah pakcik tak habis ubat nantinya.kena buang keseluruhan."

"Baik kami faham." Balas dua beranak serentak.

" Balas dua beranak serentak

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
UZAIR : KALI KEDUA (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang