Melangkah perlahan,lalu masuk ke kedai barangan bayi itu.
"Kita beli sikit lagi sebelum awak keluar okey." Lalu pakaian untuk anaknya itu. Sofea belek satu persatu.
"Dah ke Sofea?" Sapa makda yang baru muncul dari toilet sekejap tadi.
"Kejap makda,tak tahu nak pilih."
"Ambil warna putih atau yang sesuai untuk dua-dua gender la Fea.itu la ajak pergi scan tak nak." Bebel makda lembut
"Sofea nak surprise ni.Tak kisah pun baby boy ke girl."
"Ini comel.." lalu dipilih beberapa helai untuk cucu angkatnya itu.
"Makda kalau pilih selalu terbaik,Sofea pun suka." Melihat sama hasil pilihan makda itu.
"Ambil ini la.Lagi kena beli apa Sofea?apa yang belum ada?." Tanya sambil mata mengitari ruang kedai barangan bayi itu.
"Dah cukup la makda,ini beli tambah sikit je." Mengambil beberapa helai baju tadi,
sarung tangan,sarung kaki juga barut.
"Untuk diri Sofea dah cukup?beli sikit lagi la."
"Sofea punya dah cukup makda.Tinggal nak bersalin je ni." lalu membayar barangan itu.Sempat ditolak lembut huluran kad bank dari makda.Jika boleh semua barangan dibayar gunakan duit kerjanya.
"Sofea ada duit." Bisik perlahan
"Cukup ke?nanti nak bayar hospital.Bidan lagi.Nak pakai duit banyak,sikit-sikit biar la makda bayarkan." Sedikit merajuk bila anak itu seakan tidak mahu menerima pemberiannya.
"Cukup InshaAllah,makda dan pakda dah banyak sangat tolong.Bagi la Sofea usaha sesekali ya.Nanti baby keluar nak susahkan makda dan pakda lagi.Sofea tak betah kalau banyak hutang budi makda." Selama duduk disini,terasa banyak susahkan kedua orang tua itu.
Menarik makda melangkah ke keluar.
Berjalan beriringan di kaki lima Mall itu.
"Yela..makda faham.Tapi kalau susah atau tak cukup bagitahu makda ya." Faham jika Sofea segan mahu menerima selalu.
"Sofea nak pergi atm sekejap tau,makda tunggu dekat restoran tu." Bila melihat mesin atm cuma bersebelahan restoran itu.
"Okey,sofea nak makan apa?" Sempat ditanya.
"Nak nasi kerabu kalau ada."
Makda mengangguk lalu plastik ditangan Sofea diambil dan dibawa sama.
Sofea menghela nafas lalu melangkah ke mesin atm itu. Perut yang membukit itu dipandang lama.
Selama di sini,dua bulan pertama saja dia gunakan wang simpanan yang ada.
Selebihnya hidup dengan ehsan kedua orang tua angkatnya itu dan duit gaji yang diperolehi di akaun bank yang lain hasil kerjanya di kilang pakda.
Sofea melangkah sedikit lagi bila di depannya kelihatan tinggal cuma lagi seorang menggunakan mesin itu.Dompet di tas tangan diambil.Melihat kad bank lamanya itu sekilas.
Harap cukup nak bayar bil hospital dan belanja lepas bersalin nanti.
Tiba gilirannya.Kad dimasukkan lalu nombor pin ditekan.Melihat baki yang ada, matanya membuntang.Jumlah yang ada semakin bertambah.Terakhir kali cuma sekitar 6 ribu.Tetapi sekarang jumlah yang ada lebih dari 10 ribu.
"Takkan la." Bisik Sofea perlahan.
Lalu di keluarkan semula kad bank dan masukkan semula.Di periksa semula baki.
Masih sama.Lalu tangan naik menggaru kepala.
ANDA SEDANG MEMBACA
UZAIR : KALI KEDUA (C)
RomanceFIFTH (SPIN-OFF EZRA RAFFAL'S DAN ZARILL) 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit ha...
