BAB 44

17K 616 60
                                        

Melangkah keluar dari bilik lalu ke ruang tamu.Dilihat ruang katil hospital itu lama.

Emaknya mulai boleh mengesot perlahan dan melangkah sedikit.Kelihatan wanita itu duduk di kerusi roda mengadap pintu rumah.Di ruang tamu hujung sana kelihatan anak saudaranya Irfan dan Irdina main bersama.

Singgah balik ke sini selepas menghantar bosnya ke lapangan terbang di Kelantan awal pagi tadi kerana lelaki itu mahu sampai ke Kuala lumpur cepat.

"Mak dah makan?" Sapa Uzair duduk bertinggung di lutut maknya itu.

"Daa.h." balas perlahan

Masih susah berbual,bila wajah masih senget.

"Jom Zir bawa mak keluar." Lalu kerusi roda itu ditolak ke luar rumah.

Kelihatan adiknya Sakinah sibuk mengutip kain baju.Pakcik Daud pula sibuk di kebun ubinya itu.

Membawa makcik Hajar itu bersiar hingga hujung lorong halaman rumah mereka.

"Aiih..lama tak nampak kamu ye Zir."

Sapa makcik bawang yang sibuk membawang di tembok batu di parit itu.
Jiran tetangga makcik Hajar la tu.

"Ada..sibuk kerja." Balas Uzair ramah.

Lalu ditolak patah balik semula emaknya itu.Sempat bertegur sapa beberapa jiran yang ada.Duduk di kerusi batu melihat ayahnya di kebun.

"Ch..ik..pea." Ujar makcik Hajar susah payah.

Tangan kanan diletakkan di kekura tangan Uzair.

"Zir takkan paksa dia datang sini kalau dia tak nak." Balas Uzair tenang.

Tahu maknya mahu menemui bekas isterinya itu.

"Ma..ak.min..tak..ma.ap."

Kelihatan air matanya mengalir lagi.

"Zir dah maafkan mak... tapi maaf kalau Zir belum ikhlas." Termenung lama

Sakit yang di rasakan ini dalam dan perit.
Makin perit bila kenangkan dirinya hilang Sofea kerana tiga ratus ringgit.

"Zir tak pernah buruk sangka dengan mak.Zir biar Fea sendiri hadap mak selama ni sebab Zir ingat mak manusia terbaik dalam hidup Zir,tapi sebaliknya yang jadi." Gumam perlahan.

Mana mungkin ada perasaan sangka buruk pada ibu kandung terlintas di benak otaknya sesiapa pun.

Makin meraung makcik Hajar itu.

"Sudah la tu Hajar oiii..kamu meraung sampai tercabut mata pun tak guna.Apa kamu buat tu teruk." Celah pakcik Daud lantang dari kebun sana.

"Jom masuk..kita mandi." Ajak kaklong Hani yang menyapa

Lalu kerusi roda emaknya itu ditolak mahu masuk.

"Kaklong minta ampun pada kau achik.
Kaklong berdosa dengan kau dan Fea,
kalau boleh kaklong nak minta ampun dengan Sofea sama." kaklongnya itu bersuara perlahan

Sejak bercerai terus berpindah dan duduk disini semula.

"Aku dah hilang Sofea sekarang.Cukup la cakap pasal ampun maaf semua ni,aku tak larat pikir." Balas tenang

Wajah kosong tanpa riak.

Tiada hati mahu berbual hal sudah berlaku.Jika diikutkan hati jejakan kaki ke sini pun dirinya tidak mahu.

Tetapi masih pujuk hati bila tahu dan sedar yang dirinya masih seorang anak dan tanggungjawab pada kedua orang tua itu masih tergalas di bahu.

"Cucu ayah apa khabar?" Soal pakcik Daud mula duduk sama.

UZAIR : KALI KEDUA (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang