BAB 11

11.7K 425 14
                                        

Melihat ruang rumah keluarga suaminya itu dengan keluhan.Sejak sampai petang semalam,kedengaran bebelan makcik Hajar masih sama seperti selalu.Malah berlebihan bila cuma mereka berdua yang ada dirumah.

Melangkah ke dapur lalu masakkan makan tengahari untuk mereka.Sejak dua adik iparnya tiada dirumah,rumah ini agak sunyi.Cuma kedengaran kokokkan ayam dan embekkan kambing jiran sebelah sana.

Ayah mertuanya seperti selalu,akan keluar pada jam 9 pagi ke sekolah memandu dan pulang jam 6 petang.

Tak tahu bila nak pencen.

Makcik Hajar bila ada Sofea,dia sibuk pergi membawang dengan jiran hujung jalan sana.Tunggu van Ah Kiat jual ikan sambil bergosip dengan jiran tetangga.

Mengelamun sambil tangan masakkan bubur kosong,mahu dibawa melawat Ummi Zaliha sekejap nanti.

Seketika...

"Siangkan ayam dengan ikan ni.Aku nak pergi pekan dengan Normah kejap." Sergah makcik Hajar

Lalu mencampakkan plastik berisi ayam dan ikan itu ke dalam singki.

"Mak tak nak ikut Fea melawat Ummi?"

"Tak ingin lah,aku ni mengadap muka kau pun aku nak muntah.Dah kenapa aku nak melawat orang tua tu?dia nak mati pun tak ada kaitan dengan aku.Kau dengan dia tak penting pun pada aku." Bebel makcik Hajar lantang dengan wajah bengisnya.

Sofea cuma terdiam dan teruskan kerja memasaknya.

Orang tanye je..berangin nauu..

Nasi ditanak,dua lauk sudah siap dimasak.Lalu kaki dibawa ke singki,
membersihkan ayam dan ikan tadi.

Kedengaran bunyi hon di luar.Lalu dicuci tangan kalut.Baru mahu melangkah,
muncul pakcik Ayub dibirai pintu dapur.

"Pea,ini ikan pekasam mak kamu pesan.
Aku bagi salam banyak kali dekat depan sana,takde orang."

"Ya??berapa ringgit ni pak Ayub?" Sempat tanya

"10 ja."

Lalu duit sepuluh ringgit diambil cepat di biliknya.Diserahkan pada pakcik Ayub.

"Kamu kalau duduk sorang tutup pintu semua,bahaya dah kampung ni."

Sempat dipesan lelaki sebaya bapa mertuanya itu sebelum berlalu

"Tak kunci pintu ke?" Berkerut dahi

Lalu melangkah ke pintu hadapan.Dilihat pintu kayu dan grill terbuka luas.

"Orang tua ni saja la kut kan.Ade ke buka pintu terpelahang macam ni."Bebel Sofea.

Menutup pintu dan kunci.Lalu melangkah ke dapur semula.Siapkan kerjanya.Lalu simpan kemas ke dalam peti sejuk.

Melangkah ke bilik dan bersihkan diri.

Hampir dua kemudian,

Kakinya melangkah ke wad wanita hospital Kuala Kangsar itu.Dari jauh kelihatan Salmi duduk dibirai katil.Ummi Zaliha pula kelihatan berbual tetapi diwajahnya dipakaikan alat bantuan pernafasan.

"Assalamualaikum.."Sapa Sofea perlahan

"Waalaikumussalam,kau balik bila ni?" Balas Salmi

Mula bangun,pipi dilaga.Tubuh mereka berpelukan sekejap.

"Baru sampai petang semalam.Ummi okey ke ni?" Kekura tangan tua itu dikucup sekilas.

Kelihatan tubuh tua itu semakin susut,
dadanya juga berombak.

"Okey sikit dari semalam.Ummi asma teruk,results pagi tadi doktor cakap ada kuman dalam darah sikit."

UZAIR : KALI KEDUA (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang