Sejak tadi berdiri di luar rumah sambil mendukung Zara.
"Kenape umah kita acam tu mama?" Suara Zara kedengaran polos.
Sejak tadi melihat ralit.Kelihatan papanya dan uncle Rehalnya itu masuk ke dalam rumah mereka.
"Tak tahu..ada orang masuk kut." Balas Sofea dengan suara bergetar.
Saat sampai ke rumah selepas ambil Zara dari tadika tadi kelihatan pintu rumah tertutup tetapi terkupil tombolnya
Dijenguk ke ruang di dalam,kelihatan bersepah seakan baru di langgar garuda isi rumahnya itu.Lalu dudanya yang dipanggil dulu ke sini.
"Kena pecah ni..pintu belakang pun sama." Ujar Uzair
Lalu mengambil Zara di dukungan Sofea.
"Dah tu macam mana?" Tanya polos.
"Kena pergi balai,report dulu.Urmm..
ambil pakaian sikit,sementara ni tak boleh duduk sini la,bahaya..pintu pun tak boleh tutup tu."
Rehal yang ikut sama sejak tadi mula mengambil Zara.
Sofea pula melangkah masuk ke ruang tamu.
"Apa benda la yang ada je dalam rumah ni,penat kau je sepahkan semua ni." Mengeluh melihat semua sepah yang ada.
Mula mengemas semula.Ke dapur,sama juga keadaannya.Semua di sepahkan ke lantai.
"Dengki ke kau ni,bawang pun nak sepahkan." Bebal Sofea.
Lalu ke bilik pula.Makin panas bila semua pakaian di longgokkan ke lantai.
Melangkah kalut ke almari.Mencari dokumen penting di situ.
"Mujur ada.." menghela nafas panjang.
Beberapa fail yang di sepahkan di kemas semula.Diletak di atas meja.
Laci meja solek itu ditarik.Kotak baldu hitam didalamnya diambil dan dibuka.
"Kosong."
Melorot bahu bila barang kemasnya di situ sudah diambil semua.Walaupun cuma lima butir tetapi ada kenangan padanya.
"Mujur la tak tinggal duit cash dalam rumah." Gumam sendirian
Teringatkan duit seiikat tempoh hari.
mujur sudah di simpan ke akaun bank Zara.
"Banyak ke hilang?" Sapa Uzair
Zara duduk diluar sana melayan ankel Ehalnya.
"Tak la banyak.." balas pendek.
Sibuk kemaskan semula sepah yang ada.
"Kemas baju kau dengan Zara.Kena pergi balai dulu ni."
Lalu bagasi di atas almari dicapai Uzair.
"Nak kemas lepas tu nak pindah mana?" Tanya polos.
"Nanti la aku pikir sekejap lagi.Kemas dulu sikit untuk beberapa hari.Dah lewat ni Nurul Sofea,kesian anak tu."
Dirinya bergegas ke sini kelam kabut tadi.
"Ye ye kejap."
Lalu pakaian Zara dan dirinya di masukkan ke bagasi itu.Dokumen penting tadi turut diselitkan sama.
Uzair pula ke dapur.
Pintu belakang ditutup walaupun tidak boleh rapat bila sudah di potong grillnya.
Melihat ruang rumah itu dengan dahi berkerut.
"Dah.." Melangkah dengan bagasi.
Mata dibawa mengitari ruang rumah itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
UZAIR : KALI KEDUA (C)
RomanceFIFTH (SPIN-OFF EZRA RAFFAL'S DAN ZARILL) 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit ha...
