BAB 4

12.7K 529 28
                                        

Pintu bilik di kuak,lalu dua mata mereka saling menatap bila suaminya berdiri tegak di dinding birai pintu bilik itu.

"Apa sayang cuba buat ni?" Soal Uzair terus

Sofea yang baru melangkah satu kaki tadi mula melangkah masuk,lalu pintu ditutup rapat.

"Bukan sayang,mak yang mulakan." Ujar Sofea dengan keluhan berat

Tidak tahu hujung pangkal.

"Okey..abang anggap apa yang mak cakap tadi kita tak dengar."

Lalu ditarik tubuh Sofea disandar ke dinding.

Dua tangan kekarnya dinaikkan menongkat di dinding,di kiri kanan tubuh Sofea.

"Fea tak nak jadi isteri yang bebankan abang dan buat abang tersepit antara Fea dan mak." Gumam Sofea perlahan

Dirinya masuk ke keluarga ini dengan niat menjadi isteri kepada lelaki itu juga anak kepada kedua orang tua itu.Namun kehadirannya tidak dianggap pada mereka.Terutama makcik Hajar.

Jika ibu rumah tangga tidak senang dengannya,pergerakan perjalanannya untuk membawa diri di dalam keluarga ini tersangat payah.Sering dicari kelemahan dan salah.Serba serbi yang dibuat tidak kena dimata emak mertuanya itu.

Makin payah bila pakatan dengan "rasa tak suka" itu ditambah ahlinya.

Dirasakan keluarga ini punya taraf tinggi bila kesemua ahlinya adalah pegawai di sektor kerajaan dengan tingkat pelajaran hingga ke universiti.Dirinya pula bagai pipit yang gatal mahu terbang sama.

Bertahan cuma kerana cintanya pada suami yang memilih dirinya tanpa syarat sejak awal.

"Tak semua keadaan kita kena menurut." Balas dengan keluhan.

Saling berpandangan dengan jarak cuma sejengkal.Melihat raut wajah isterinya itu lama.Sedikit susut dari waktu dihantar balik ke sini lapan hari lalu.

"Tapi apa mak cakap tu betul.Airin lebih baik dan sepadan dengan abang.Mungkin dia boleh bagi abang baby.' Bisik perlahan hampir tidak kedengaran

Sebu hati bila mendengar ayat kaklong Hani tadi.

"Crush Achik masa sekolah."

Ayat itu seakan terngiang-ngiang di telinganya.

"Abang tak nak perempuan lain.Cukup Nurul Sofea jadi isteri abang.Anak abang cuma akan tumpang duduk dekat sini." Balas perlahan tetapi tegas suara yang kedengaran.

Tapak tangan besarnya dibawa ke perut Sofea.Lalu dua mata mereka dibawa turun ke sana.

"Cukup la cakap pasal orang lain.Abang rindu." Ujar Uzair lagi.

Lalu tubuh Sofea dipeluk erat.

"Fea rindu abang."

Dua tubuh saling berpelukan lama.

Meredakan rasa hati yang berbagai tadi dengan cara begitu.

Seketika.

Kakinya tidak menjejak lantai bila tubuhnya sekejapan bertukar arah dan mulai terbaring di katil.

"Tidur la..esok kita balik rumah kita."

Melangkah menutup suis lampu tinggal lampu malap dimeja sisi.Naik ke katil dan mula baring sama.

"Rindu bantal peluk." Gumam Uzair perlahan.

Sofea ikut mengangguk sama.

Saling berpandangan.Dua tangannya diangkat sambil jari-jarinya mengamit lelaki itu datang ke pelukkannya.

UZAIR : KALI KEDUA (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang