BAB 6

11.9K 444 25
                                        

Melihat ruang restoran resort itu dengan senyuman.Jari yang bertaut dengan jari-jemarinya dilihat lama.Belakang badan lelaki itu dijuga dipandang dengan senyuman.

Melangkah ke suit mereka sambil mata dibawa mengitari suasana tempat itu selepas siap makan malam.Kedengaran deruan angin dan ombak jelas ditelinga.

"Kenapa datang sini?" Tanya lembut

"Honeymoon." Balas Uzair berbisik

Pintu bilik dikuak.Lalu menarik isterinya itu masuk ke dalam

"Cuti lama ke ni?"

Hairan bila tiba-tiba diajak keluar petang tadi.

"Takla lama.tiga hari."

Sofea mula menarik shawl dikepala dan disangkut kemas.Rambut panjang dibiar lepas bebas.Lalu melangkah ke pintu gelangsar sana.

Walaupun suasana malam,tetapi dapat dilihat jelas ruang hadapan matanya adalah laut.

"Suka tak?" Sapa Uzair dari belakang

Dirangkul kemas tubuh dihadapannya itu.

"Sukaa..terima kasih abang."

Uzair dibelakang cuma diam.

Leka dengan suasana malam mereka.
Deruan angin mula menyapa keduanya.

"Sama-sama." Bisik perlahan

Dagu disangkut di atas kepalanya Sofea.

Termangu lama.

"Abang okey?" Tanya lembut.

Mula alihkan tubuh.Dapat dirasa suasana dan tingkah suaminya itu sedikit lain selepas pulang tempoh hari.

"Okey..abang nak cakap something sebenarnya tapi bukan sekarang la." Balas Uzair lembut.

Tidak mahu suasana bulan madu kali ke tidak terkira mereka ini terganggu dengan hal kerjanya.

"Penting ke?" Tanya lagi tak puas hati

"Tak sangat,yang sekarang ni lagi penting.Sayang okey je kan duduk rumah dua minggu ni?"

Mahu alih topik.

"Memang la okey,tapi Fea rasa Fea dah gemuk la." Ujar Sofea cemberut

"Mana gemuk?kalau setakat naik sekilo abang tak nampak sayang.Elok kalau naik lagi ni."

Tangan gatalnya dibawa meraba ke sana sini tubuh badan isterinya itu.Mencari bahagian yang dikatakan "gemuk"

"Gatal betul tangan tu kan." Makin terjuih bibir
Mula mahu jauhkan diri.Sempat la lengan kekar lelaki itu dicubit geram.

"Biar la,ini semua abang punya." Balas Uzair dengan sengihan.

Ditarik semula tubuh Sofea,dipeluk erat.

"Fea sayang abang." Gumam Sofea perlahan hampir tidak kedengaran.

"Abang lagi sayang banyak."

Rambut panjang isterinya di sisir gunakan jari biar kemas semula.

"Jom masuk." Lalu tubuh dipelukkannya didukung kemas.

Sofea juga makin kemaskan belitan tangannya di leher lelaki itu.

Bergayut kemas.

"Fea berat tak abang?" Tanya lagi lalu ketawa.

Seakan anak kecil dipikul suaminya itu.
Kaki naik membelit pinggang lelaki itu kemas.

"Macam sekampit beras je ni.kena tambah berat lagi sayang."

UZAIR : KALI KEDUA (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang