EPILOG

31.2K 960 203
                                        

Setahun kemudian..

Kuantan,Pahang

Sejak tadi mencuci pinggan mangkuk disingki.Ruang dapur juga di lap bersih.
Bila setiap kali hujung minggu saja balik ke sini sedikit sebanyak isi perkakas rumah ini mulai di penuhi dan diguna setiap kali.Rumah singgah yang menjadi rumah hari minggu mereka sekeluarga.

Pintu dapur dibuka sejak tadi dan sejak tadi juga kelihatan hujan lebat di luar sana.

Secawan kopi di bancuh lalu menapak berdiri dibirai pintu itu,berdiri tegak sambil termangu lama.

Tiga beranak pula tidak kedengaran suara sejak tadi bila ketiganya terlena di ruang tamu sana selepas makan tengahari tadi.

Seketika kedengaran derap kaki melangkah,lalu menyapanya.

"Mama.." panggil Izara Andara dengan suara baru bangun tidur.

"Ye kenapa?." Soal lembut sambil keduanya berdiri melihat hujan lebat diluar sana.

"Boyeh tak Jara nak nak pegang ujan,
pegang cikit je." Pinta dengan suara mengharap.

"Tak boleh,nanti papa marah la Zara." Tersenyum dengan peel anak itu

Ada saja yang dimahukan.

"Tapi sekejap je dua caat." Dengan mata dikelip-kelipkan.

Kononnya la dua caat.

"Dua saat tu macam ni je Zara." Lalu jari dibawa ke luar pintu dapur dan ditarik cepat.

"Tapi Jara nakkk..sikit je." Pinta polos.

Sofea pula sudah tersengih.

Habiskan sisa air kopinya itu.Lalu melangkah ke singki.Dicuci bersih cawan tadi.

"Kalau papa marah macam mana??" Sengaja mahu tahu.

"Nanti Jara pujuk papa." Dengan kepala dianggukkan cepat.

Yakin boleh gayanya.

"Jara tak penah main hujan,Jara teyingin." Wajah sedih terbias jelas.

"Kalau papa marah,Jara jawab okey??." Mahu kepastian

"Okeyy..Jara janji Jara tanggungjabab."

Kemain ikrar aku janji sekarang.

Sofea sudah tersenyum lebar.

"Okey jommm.." lalu diajak anak itu melangkah keluar.

Sebetulnya sejak tadi hatinya kepingan merasai titisan hujan menimpa tubuh.

"Kejap..kira dulu."

Selipar di sarung ke kaki.

"Cepat mama..tasabarrr.." bercahaya wajah keduanya.

"Syatu...dua..tiga." Lalu dua kaki mereka melangkah ke halaman berumput.

"Mama..seyonokk.." dua tangan dibawa mendepa biar air hujan dirasai di tapak tangan kecilnya.

"Seronok kan??dulu mama suka main hujan."

Kelihatan keduanya sudah basah kuyup pakaian ditubuh.Leka dengan air bertakung dirumput.Dari kaki tersarung selipar,mula berkaki ayam.

Si anak gaya kanak-kanak.

Si mama seakan anak-anak kecil sekarang.

"Fea rindu ummi." Bisik hatinya leka..

Bila hujan begini hatinya walang.Memori dan kenang dulu seakan diputarkan tiba-tiba.Bibir ternaik senyuman lebar.

"Kau ada keluarga sekarang Sofea.
Keluarga sendiri." Gumam perlahan

UZAIR : KALI KEDUA (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang