Empat tahun berlalu
Melangkah ke meja makan sambil membawa botol susu si anak daranya itu.
"Mama cepat cikit.Jara kene pegi skull awal ari ni." Bebel Zara dengan beg galas
separas pinggul digalas di bahu.
Beg berisi baju dan persalinan di tadika dan transit hingga petang nanti.
"Ye sabar la cik Zara." Balas Sofea mengetap bibir.
Terasa kelam kabut awal pagi bila anak daranya yang sudah berusia 3 tahun lebih itu pandai pilih-pilih sekarang.
Nak bawa baju itu,seluar ini.
Tak nak bekal itu,nak ini.
Pagi-pagi sudah huru-hara hari mereka berdua.Mulut kecil itu juga seakan bertih jagung bila bersuara,walaupun masih pelat.
"Minum susu cepat Zara.Mama siapkan bekal sikit.Zara jangan gaduh dengan kawan lagi faham tak?mama kena kerja harini sampai malam." Ujar Sofea dari kabinet dapur.
"Jara gud girl mama,Dira tu yang cuke cubit-cubit Jara." Adu anak itu.
Sambil sandwich dikunyah penuh di pipi.
Rambut pula kelihatan di ikat kemas.
tubuh kecilnya tersarung uniform biru kuning dengan logo tadika Ansar.
Sofea mengeluh berat.Tidak senang hati bila tinggalkan anak di jagaan begitu.
"Nanti mama cakap dengan ummi Gee."
Ayat itu sahaja yang diharap mampu ubah keadaan agar sedikit membaik.
Bekal makanan di masukkan ke dalam beg comel.Botol air juga di letakkan sama.Sejak berpindah dan duduk berdua,hidup mereka sedikit bebas tanpa ada orang lain di rumah ini.
Syukur Alhamdulillah...ada rezeki majukan diri sekarang.
"Jom cepat.Bawa sekali botol." Ujar lalu menarik tangan kecil anaknya itu melangkah ke ruang tamu
"Tapi cikit je ni,ermm..Jara dah besyarr mama.Mana boyeh bawa botol shushu.
Mayu la nanti kawan ejek Jara." Omel anak itu cerdik.
"Okey letak dekat singki.Jom pergi sekolah." Lalu melangkah ke pintu.
Menuju ke kereta.Enjin dihidupkan.
Zara melangkah terkedek-kedek perlahan.Sarungkan kasut lalu naik ke perut kereta sendiri.
Sofea sudah tersengih melihat anak itu.
Cepat betul dah besar.
Segala suis ditutup dan tas tangannya diambil.Lalu pintu rumah teres setingkat itu di kunci rapat. Melangkah ke pagar.Pintu pagar dikuak.Lalu perodua Bezza biru itu di undur keluar dan melangkah turun semula.Pintu pagar ditutup dan di manggakan.
"Zara suka tak sekolah Zara sekarang?" Tanya lembut.
Hampir empat bulan anak itu berpindah ke sekolah baru. Sejak mereka berpindah ke rumah sewa baru itulah.
"Ermm.. Jara suka cekolah tu.Tapi Jara tak suka Dira denan Hana." Ujar anak itu mencebik.
"Anak mama kan baik.Zara kawan dengan kawan lain ya." Pujuk lembut
Sejak dua minggu lalu anaknya merungut dengan kehadiran anak asuhan baharu itu.
"Ye Jara tawan denan Isya je.Mama teje cepat pastu ambil Jara okey.Jara tunggu mama abis teje." Dipujuk mamanya pula.
"Okey..terima kasih memahami dan tak banyak songeh.Zara apa?"
"Tecayangan mama." Balas anak itu dengan sorakan.
ANDA SEDANG MEMBACA
UZAIR : KALI KEDUA (C)
RomanceFIFTH (SPIN-OFF EZRA RAFFAL'S DAN ZARILL) 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit ha...
