BAB 57

21.8K 695 72
                                        

Siap berpamit mula melangkah ke Audi RS 7 yang diparkir dihalaman mansion Tan Sri Azham itu.

Kelihatan anaknya mulai tertidur di pangku papanya itu.

"Letih ikut orang kawin ke letih main je ni." Gumam Uzair perlahan.

Mula baringkan anaknya itu di kerusi penumpang belakang.Car seat pula diambil Sofea lalu masukkan ke bonet kereta.Melangkah masuk ke perut kereta saat langit mulai mengelap.

Majlis kecil-kecilan cara Puan Sri Mardiah itu kelihatan tidak kecil juga,bila kelihatan beberapa warga kerja Ellvera HQ turut hadir.

"Kiranya awak kenal Puan Sri Mardiah tu la ya?" Soal Sofea bila sejak berada disini disapa orang-orang yang tidak dikenali.

"Kenal..kan kerja guard keluarga ni.."

Memandu perlahan keluar dari mansion besar berkenaan.

"Guard..." Sofea mahu ketawa

Sudah terang lagi bersuluh pun dia dendangkan guard lagi.

"Sudi je kan?terima suami yang tak loreng sekarang.Kerja guard je ni, kekadang jaga rumah Tan Sri kekadang jaga mall,kekadang jaga hotel." Balas Uzair sesekali tersenyum nipis

"Kalau tak sudi macam mana?." Soal menduga

Mata dibawa memandang lelaki itu.

"Kena sudi juga.Sebab kita dah nikah ni sayang." Ujar Uzair perlahan.

Saling berpandangan sekilas.

Namun cepat dibawa matanya ke hadapan semula bila masih memandu.

"Rugi la awak." Ujar Sofea tiba-tiba

"Rugi??kenapa?." Tanya hairan

Dahi sedikit berkerut.

"Yela..saya agak circle kerja awak sekarang lebih banyak ruang dan peluang untuk cari calon isteri lain."

Melihat tetamu dari kalangan rakan sekerja lelaki itu terasa dirinya kerdil jika mahu dibandingkan dengan mereka.

Melihat pula pada keluarga Tan Sri Azham itu.Sofea simpulkan Ahmad Uzair itu sering berada dekat dengan wanita-wanita yang lebih baik dan bertaraf tinggi.

Calon-calon pilihan makcik Hajar bersepah.

"Walaupun banyak tetapi tak sama dengan apa yang hati kita mahu Nurul Sofea."

"Tak rasa bersalah sebab belakangkan mak ayah sebab saya?." Soal tiba-tiba

Ada bahagian hatinya sayu kenangkan itu.

"Tak tahu nak rasa bersalah sebab apa.
Tak belakangkan pun,ayah tahu ni cuma abang tak kasi ayah datang sini."

Lalu tangan kiri dibawa bertaut dengan jari-jemarinya Sofea.Sejak tadi kepingan mahu bertaut.

"Ayah sihat??." Tanya lembut

Teringat bapa mertuanya itu.Sudah lama tidak tanya khabar.Terakhir kali bertemu lelaki itu sewaktu mahu berhijrah ke Kuala Lumpur dulu.

Sudah hampir tiga tahun.Berbual di telefon bila ada waktu,itu juga tidak sering.

"Sihat.. alhamdulillah."

Lalu biarkan suasana sepi menyapa mereka.

Sofea cuma menggangguk.

Uzair memandang sekilas isterinya itu.
Tahu perihal maknya tidak akan di bualkan Sofea lagi.

UZAIR : KALI KEDUA (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang