Menghantar makcik Hajar itu hingga bas yang dinaiki hilang dari pandangan.
Masuk ke perut kereta,
"Beli barang jom,rasa lama tak dating." Ajak Uzair mula memandu perlahan
"Bolehh..errmm abangg." Panggil meleret
"Ya kenapa sayang?"
Lalu jari-jemari mereka ditautkan.Kekura tangan Sofea dikucup lama.
Rindu.
Rindu yang lain dari kebiasaannya.
"Fea nak minta izin balik kampung nanti boleh? Ummi tak berapa sihat." Pinta Sofea lembut
Sambil kekura tangan besar yang menggenggam tangannya diusap perlahan.
"Erm.bukan tak boleh.Tapiii..abang akan sibuk dengan raptai hari merdeka bulan ni sayang." Balas Uzair serba salah.
"Takpe..Fea balik sendiri nanti."
"Boleh ke macam tu?abang sempat tengok Ummi sekejap je haritu."
Sedikit ralat bila sempat ziarah wanita itu cuma seketika sebelum pulang ke sini tempoh hari.
"Boleh,nanti Fea bagitahu ummi.Minggu depan Fea balik boleh??"
Uzair cuma diam seakan berfikir-fikir.
Lalu nafas dihela panjang.
"Boleh,tapi balik sini cepat.Jangan la lama sangat duduk sana." Balas Uzair sendu
Tidak betah bila membiarkan isterinya itu ke mana-mana sendirian.
"Ye baikk,terima kasih.Haritu abang ada nak cakap something kan?dah berapa hari takde pun cakap." Soal hairan
"Pasal tu..nanti la baru cakap.Abang tak nak fikir sekarang."
Kereta dibawa memarkir diruang parking pasaraya besar itu.
"Jom..."
Melangkah keluar lalu pintu kereta bahagian Sofea dikuak.Melangkah beriringan seperti selalu sambil dua tangan mereka ditaut erat.
"Nak buat kek boleh?jari kita dah gatal.." pinta Sofea berbisik
"Boleh..nak kek marble dengan oren sayang." Sempat dipinta Uzair sama.
"Boleh..terima kasih abang."
Balas dengan senyuman lebar.Sempat ditengok kiri kanan.Lalu pipi suaminya dikucup sekilas
Lalu melangkah riang mengambil beberapa jenis tepung dan bahan membuat kek itu dirak
Uzair cuma tersengih lebar.
Dirasakan Nurul Sofea itu masih sama.
Masih lembut,masih polos dan ceria dengan suara manjanya bila mahu meminta sesuatu.
"Lagi..nak apa?" Tanya Uzair lembut
Menolak troli dengan hati yang senang.
"Dah cukup,esok-esok pulak." Balas Sofea mahu ketawa
Dilihat troli itu hampir penuh.
"Hari ni cuti masak sayang.Terima kasih rajin masak sedap-sedap sepanjang mak duduk rumah kita."
"Sama-sama..terima kasih sebab tak pernah komplain kalau Fea masak tak sedap."
"Bukan tak nak komplain,tapi selalu sedap je isteri abang masak."
Lalu masukkan semua barangan ke dalam bonet kereta.
ANDA SEDANG MEMBACA
UZAIR : KALI KEDUA (C)
RomantikFIFTH (SPIN-OFF EZRA RAFFAL'S DAN ZARILL) 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit ha...
