Duduk dibirai katil sejak tadi,lepas satu muka surat dialih ke muka surat lain. Suara gemersiknya kedengaran sejak tadi,sambil ditangan dipegang buku yasin.Makcik Hajar pula,sejak tadi cuma memandang menantunya.
Diruang tamu yang sama kedengaran Izara Andara itu berbual dengan bapa saudaranya Umar.Riuh rendah suara lelaki itu melayan anak-anak saudara yang ada.Seketika kedengaran bunyi enjin motosikal dimatikan di garaj.Suara berbual melangkah masuk.
"Assalamualaikum.." sapa pakcik Daud dan suaminya itu yang baru pulang dari surau.
Mengangkat wajah sambil menjawab salam.
"Kau ni jangan ajar anak aku bukan-bukan Mar."
"Mana ada,anak kau yang ajar aku bukan-bukan ni." Cemberut bila sejak tadi mainan Hotwheels yang dikumpul di huru-harakan anak-anak buahnya itu.
"Zaraaa..jangan rosakkan.Mahu meraung Ateh nanti." Sempat pipi anak itu dikucup sekilas
Telapak tangan naik mengusap ubun-ubun anak saudaranya Irfan yang duduk sila sama.
"Iyee..Jara tenok je ni." Duduk di toto ruang tamu itu bersepah mereka bertiga sejak tadi.
"Yela la tu tengok,ni dah tercabut tayar Zara." Bebel Umar
Sejak tadi repair semula benda alah itu.
Mahu marah tapi kena sabar pasal budak bijak dengan muka polos Izara Andara itu buatkan hatinya tercair.
"Cowyyy..Jara usik cikit je." Dengan mata dikelip-kelipkan
"Hurmm..takpe,ade lagi ni Zara.Rosakkan je semua.Ateh okey je Zara." Pasrah dah
"Sejak bila kau baik macam ni?." Mahu ketawa bila adik lelakinya begitu peelnya sejak sampai tengahari tadi.
"Aku memang baik lah..kan Zara kan??."
Meniarap di toto sama sejak tadi.Sesekali kaca mata dibetulkan.
"Bethol..bethol..Tapi Jara suke robot detat beyik Ateh tu."
"Ohh sorry Zara.ini pun dah nak nangis kasi korang main." Lalu menjeling anak saudara sendiri
"Dah la Zara,mainan awak dekat rumah kita pun dah segunung." Tegur Uzair sedikit serius.
Mula bangun ke katil emaknya pula.
"Makan dah??" Soal lembut
"Dah..." Menganguk cepat.
"Abang nak makan?." Buku Yasin diletakkan dimeja sisi yang ada.
"Nak,tapi kejap lagi.Ayah jadi ke nak panggil orang baca yasin??" Memandang ayahnya sekilas
Sejak masuk tadi kelihatan terus duduk di sisi katil emaknya ini.Berbual seperti selalu.
"Jadi,lepas asar esok la mulanya." Kelihatan sibuk memotong kuku isterinya itu.
"Kaklong mana?" Soal hairan bila sejak tadi tidak kelihatan
"Keluar dengan Kinah.Jom makan makan.
Ayah nak makan sama?Fea masak kari daging dengan ubi kemili." Diajak sama bapa mertuanya itu.
"Makan dulu,ayah potong kuku mak kamu kejap ni." Masih ralit dengan pengetip kukunya.
Sesekali memandang isterinya itu.Sudah jauh beza dengan isteri yang diakad dahulunya.Tubuh kurus wanita itu buatkan hatinya sebu.
"Okey sikit?nak buh minyak angin?" Soal lembut seperti selalunya
Uzair dan Sofea sudah melangkah ke dapur.
ANDA SEDANG MEMBACA
UZAIR : KALI KEDUA (C)
RomanceFIFTH (SPIN-OFF EZRA RAFFAL'S DAN ZARILL) 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit ha...
