Mengangkat dulang berisi roti lalu melangkah ke ruang hadapan.Dilihat beberapa pelanggan sibuk memilih manisan yang ada.
Sofea tersenyum nipis.
Sejak enam minggu lalu.Ditingkat satu bangunan perancang perkahwinan N&N ini diwujudkan kedai kek dan roti kepunyaan kak Nora.Sofea dan kak Siti ditugaskan di sini sepenuh masa.
"Kak Pea nanti tambah crepe tau,dah habis." Sapa Raiha yang menjaga kaunter.
Ruang kedai ini di ubahsuai dan dipecah dua.Sebelum ini cuma bengkel dapur untuk sediakan kek perkahwinan.
Sekarang Kak Nora mengubahnya menjadi kedai kek dan menerima tempahan dari pelbagai majlis.
"Baikkk." Balas meleret.
Lalu ke dapur semula.Dari jauh kelihatan kak Siti sibuk siapkan kek potongnya.
"Kak Siti lepas ni kita buat crepe pula ya." Ujar Sofea
"Okey..sikit lagi ni."
Sofea mula mencuci peralatan digunakan tadi.
"Kak Siti kena belajar dengan Pea banyak ni." Bual kak Siti ramah.
Sejak ada Sofea ruang ini sedikit riuh.
"Boleh,yang Fea tahu Fea kongsi la.Kak Siti pun kena ajar Fea buat kek kahwin." Balas dengan sengihan
"Bolehhh..ditanggung beresss." Balas senang hati
Dirasakan mereka berdua saling melengkapi bila di dapur ini.
Ada yang dirinya tidak pandai,dan sofea ajarkan.Manakala yang Sofea tidak tahu, diajarkannya pula.Sama-sama saling berkongsi dan cuba jika sesuatu yang baru.
Sofea disingki tersenyum lebar.
Alhamdulillah,Allah kirimkan orang baik-baik selalu.
Seketika..
Kedengaran suara riuh melangkah ke dapur.
"Maaama." Jerit suara kecil.
Sofea alihkan wajah.
Melihat Zara di dukungannya kak Nora dengan tangan satu lagi membawa sama beg galas berwarna pink.
"Ehh..awal lagi ni." Tanya hairan bila anak itu sudah sampai ke sini.
"Saja la pergi ambil budak debot ni awal." Ujar kak Nora lalu dikucup pipi Zara geram
Bila anak-anaknya sudah besar dan mulai sekolah rendah dan menengah.Zara pula dibuat seakan anaknya sendiri.
"Kak Nora ni susah-susah je." Lalu tangan basah di lap bersih.
Melangkah ke meja panjang itu.
"Zara nak sikit." Tanya kak Siti
Lalu satu kek yang tidak di hias dipotong dan diberi pada anak itu.Kak Nora juga sibuk mengunyah makanan yang ada.
"Pantang nampak kek." Ujar Sofea lalu membantu kak Siti siapkan satu kek lagi yang belum di hias.
Zara duduk di pangku kak Nora.sibuk makan keduanya.Banyak makanan di dapur ini bila sekejap nanti ada yang hantar itu ini.
Pekerja kak Nora la tu.
"Takde kerja ke dekat atas tu?" Tanya kak Siti
"Ada..tapi dah lepas dekat Issa dengan Muaz pergi dulu."
Kak Siti cuma mengangguk.
Lalu dipotong kemas kek yang sudah dihias itu.
"Ini sepotong berapa ringgit?" Tanya Kak Nora lembut
ANDA SEDANG MEMBACA
UZAIR : KALI KEDUA (C)
RomanceFIFTH (SPIN-OFF EZRA RAFFAL'S DAN ZARILL) 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit ha...
