FIFTH (SPIN-OFF EZRA RAFFAL'S DAN ZARILL)
🍁UZAIR & SOFEA🍁
Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang.
Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul.
Kerana amarah dan sakit ha...
Mengekor langkah kaki bosnya itu sejak tadi sambil melihat kawasan sekeliling hotel yang baru siap diubahsuai itu.Sejak tadi kedengaran perbualan serius beberapa pegawai atasan disini dengan bosnya itu.Uzair pula cuma menjadi bayang-bayang Ezra Raffal itu.
"Ke mana tuan?" Soal saat masuk ke perut Range Rover itu.
"Masjid dulu,aku belum Asar tadi.." Balas lelaki itu di belakang sana.
Jam di pergelangan tangan dilihat sekilas.Lalu memandu meninggalkan kawasan parkir Ellvera hotel cawangan Kelantan itu.
Berhenti dan solat keduanya.Sejak menjadi pengawal peribadi lelaki itu atas arahan Tan Sri Azham iaitu ayah kepada lelaki itu sedikit sebanyak Uzair senang dengan peribadi bosnya,nampak teratur dan tenang orangnya.
"Kau dengan ASE masih ada kerja sulit ke sekarang?" Soal Ezra
"Ada..tapi tak selalu."
Duduk di kedai makan tepi jalan,makan petang.Sejak dua hari lalu ke sini.
Ezra mengangguk faham.
"Kau ikat kontrak berapa tahun dengan Tan Sri untuk jaga aku?"
Sejak berpindah dan duduk sendiri ayahnya Tan Sri Azham buat undang-undang sendiri.
"Dah nak habis..enam bulan lagi rasanya."
Mengingati semula kontrak kerjanya itu.Cuma dua tahun.
"Kau nak sambung atau balik ASE?"
"Tuan masih perlukan saya ke tak?" Tanya semula.
Jika diikutkan lebih senang menjadi pegawal berbanding balik ke ASE.ASE itu umpama pengkalan tentera tetapi dengan undang-undang mereka sendiri.
"Dah hampir dua tahun kau kerja dengan aku.Aku agak aku dah senang dengan kerja kau.Kau nak sambung lagi atau kau nak kerja dengan aku terus macam Rehal?" Mulai serius bila Uzair itu sudah seperti orang kanannya.Sama seperti Rehal.
Kedua bodyguard itu walaupun dari agensi sama tetapi Rehal sudah diambil menjadi pekerja tetap Ellvera dan menjaga isteri serta dua adik kembarnya.Sudah tidak terikat dengan ASE.
"Saya kena fikir dulu pasal tu.ASE masih perlukan saya untuk beberapa kes tertentu,mungkin sambung kontrak saja sekarang."
"Takpe..aku faham."
Tahu bila lelaki itu juga orang kepercayaan Aldrin di ASE.
"Puan due bila?"
"Dua bulan lagi."
Uzair mengangguk faham.
Selain menjaga lelaki ini,dirinya turut menjaga keseluruhan keluarga lelaki itu bila ada keperluan.
"Balik terus la..adik kembar kau kalau suruh jaga bini aku,dia banyak main sekarang." Bebel Ezra kenangkan si Rehal
Mula bangun,makan mereka dibayar lelaki itu.Makanan meja lain juga dibayar sama. Buat kerja diam-diam seperti selalu.
Uzair melangkah bangun.Sempat telefon ditangan dilihat sekilas.Skrin telefonnya kelihatan penuh dengan muka Izara Andara itu.
"Aiii..dah rindu anak.Kau tak la keras sekarang ek?" Usik Ezra yang duduk kerusi penumpang sebelah.
Sejak tadi mengerling peel lelaki itu.
"Sejak tahu ada anak,hati ada taman tuan." Balas dengan sengihan.
"Pahammm." Balas Ezra meleret kerana dirinya juga mula tumbuh perasaan begitu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.