BAB 39

19.1K 634 73
                                        

Melangkah ke ruang restoran mamak itu cepat bila jarum jam sepatutnya bertemu lelaki itu setengah jam lalu.

Melihat gerangan itu masih menunggu sambil menilik telefonnya,nafas panjang dihela semula.Kerusi dihadapan lelaki itu ditarik.

"Sorry lambat." Ujar Sofea

"Zara mana?" Tanya lembut

"Dah pergi sekolah dengan papa dia." Balas perlahan dengan senyuman nipis

"Papa dia??" Soal dengan berkerut dahi

"Haah..Kak Nora cakap awak nak jumpa saya kenapa?" Soal pelik

"Nak ajak breakfast."

Kelihatan lelaki itu bangun dan memesan makanan untuknya.

"Baru nak tengok Zara.Awak tak cakap pun papa dia dah balik?" Bual lelaki itu saat duduk semula

"Tak penting,lagipun tak perlu rasanya saya cakap." Duduk menyandar memandang lelaki itu.

Tahu plan kak Nora la ni mahu kenankan dirinya dengan lelaki ini.Lelaki yang dikenali saat ke rumah seorang pelanggan untuk menghantar kek perkahwinan sepupu lelaki itu.

"Kena la cakap,saya pula jadi risau.Dah setahun,awak tahu niat saya Sofea.Kita dah cakap sebelum ni." Ujar Zaheen mulai serius

Selalu pun dirinya serius.

"Saya tak rasa awak serius ni.Saya dah ada anak pun."

"Saya serius,dari awal pun saya serius.
Awak yang mengelak selalu." Ujar Zaheen mengeluh.

Hampir setahun lebih cuma mendekati wanita itu.Tetapi kena palau!

"Saya bukan seseorang yang padan dengan awak.Saya pergi dulu kalau takde yang penting."

Mahu bangun bila tidak betah dengan perbualan mereka yang dirasakan rumit.

"Awak tak nak bagi saya peluang?saya sayang awak Sofea,saya sayangkan Zara."

Kedengaran suara berharap lelaki itu sama sewaktu menyatakan hasrat hatinya enam bulan lalu.

"Saya belum bersedia nak berkahwin semula." Lalu bangun meninggalkan ruang restoran itu.

Tahu setiap kali bertemu hal sama berulang.Terpaksa bermanis muka bila kak Nora yang beria.Mengingat semula siapa lelaki itu hatinya walang beribu.

Dia tu pewaris ZER.Syarikat logistics ternama.Kau tu siapa je Fea.Mana padan.

Tahu taraf mereka tidak akan sama sampai bila-bila pun.

Kaki diatur ke kereta lalu memandu terus ke kedai.Waktu bekerja akan tiba jam 9 nanti.Duduk di dalam kereta termangu lama.

Jika boleh dirinya mahu hidup dengan tenang.Berdua dengan Zara.Tiada sesiapa mahu mengambil tahu atau peduli pada mereka berdua pun dirinya sudah tidak kisah.

Seketika kedengaran deringan telefonnya di dalam tas tangan.Tangan cepat saja mencapainya.Pesanan baru dari nombor tidak dikenali dilihat.

"Aku ambil Zara nanti.Kau jangan nak merayap lepas keja.Balik terus."- ex husband+future husband to be

Melihat pesanan itu dengan mata terkebil-kebil.

"Tiberr nak mengatur hidup orang.empat tahun ni,hidup kau elok je Sofea,aman damai tenteram.Sekarang muncul saka pula mengganggu." Bebel Sofea dengan keluhan

Sejak sebulan lalu terasa ketenangannya mulai berantakan kerana lelaki itu yang tiba-tiba muncul dalam hidup mereka.

"Agaknya dia dah tahu apa yang jadi kut? Memang tak kerja Tudm dah ke?." Gumam perlahan dengan dahi berkerut

UZAIR : KALI KEDUA (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang