Jam 11.45 malam.
Kedengaran suara sayup iqamatkan bayi perempuan yang baru dilahir sekejap tadi.Birai mata mahu banjir lagi,namun diseka cepat.
Memandang anak perempuan yang selamat dilahirkan didepan matanya beberapa minit lalu.
Alhamdulillah...
Jika awal pagi tadi seluruh hatinya sayu bila kehilangan seorang wanita yang digelar ibu.Di jam hening begini,Allah SWT mengganti zuriat yang ditunggu beberapa tahun dulu.
Melangkah ke birai katil,lalu bayi perempuan itu diletakkan dipangku Sofea lembut.
"Terima kasih banyak." Gumam perlahan.
Ruang hatinya sebu,sebak,terharu dengan berbagai perasaan.Air mata perlahan turun lagi.
"Sama-sama,abang sedih ke happy ni?." Soal lembut
Namun air matanya ikut turun sama.
Hatinya juga galau berbagai rasa.
"Happy..bila Allah izinkan abang untuk sambut anak abang kali ni." Wajah ditundukkan sedikit.
Dahi dua kesayangannya itu dikucup sekilas.
"Fea agak kita kena sedih sebab mak baru je meninggal siang tadi."
"Allah dah susun semua elok-elok sayang.
Raikan la kehadiran cinonet ni.Ajal maut semua Allah yang tentukan,abang sedih tapi redha mak pergi walaupun hari yang sama anak kita lahir.Jangan banyak fikir.."
Walaupun sedih,kesedihan itu digantikan dengan kegembiraan bila keinginan mahu melihat anaknya lahir di izinkan Tuhan.
Duduk disisi Sofea sepanjang perjalanan kelahiran,dapat peluang memotong tali pusat anak itu sendiri dengan tangannya dan iqamat anak itu juga dipangkuanya ini.Itu nikmat yang Allah izinkan padanya.
Seketika kedengaran pintu dikuak.
"Mamaaa.." kedengaran suara riuh Izara Andara itu la siapa lagi.
"Ayongg." Sapa Sofea tersenyum.
Beberapa jam tidak melihat,sudah rindu.
"Beria nak ikut,dah tidur pun bangun sebab nak tengok adik dia." Celah pakcik Daud yang melangkah sama.
"Kaklong bawa bakul.Mujur la sempat beli baju baby sikit kelmarin-kelmarin." Lalu meletakkan bakul berisi termos air panas dan biskut.
Bakul arwah dulu,digunakan untuk Sofea pula sekarang.Berganti.
"Terima kasih maklong."Ujar Sofea lembut
"Ni adik baby ke papa?kenapa beyom buka mata." Soal polos.
Duduk dibirai katil duk belek adik baby dia.
"Adik awak la Zara..nanti dia buka la mata.Adik pun tahu sekarang malam kena tidur,awak kenapa tak tidur Zara."
Memandang tiga bidadarinya itu dengan senyuman.
Allah ambil satu,diganti semula satu.
"Ayong ceronok sampai tak menantok." Jari-jari kecil adik baby itu di pegang sesekali.
"Urinya mana?." Soal pakcik Daud
"Tuu.." lalu bibir Uzair terjuih ke meja sisi.
Kelihatan Uri anaknya tadi dibungkus plastik putih kemas.
"Ayah bawa balik tanam ya.Tengah malam ni tak elok biar lama."
"Achikk nak tanam ayah.Errmm...kaklong temankan Sofea dengan baby kejap boleh tak?" Pinta lembut
ANDA SEDANG MEMBACA
UZAIR : KALI KEDUA (C)
RomanceFIFTH (SPIN-OFF EZRA RAFFAL'S DAN ZARILL) 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit ha...
