Sejak tadi dia menyapu sampah dan dedaun kering di halaman rumah.Selepas siap menguruskan emaknya itu.Siap dimandi dan beri makan.
"Achik tak cari Fea?" tanya pakcik Daud yang duduk di buaian sambil membalut rokok daun
"Kenapa?" Daun kering yang dikumpulkan tadi dibakar.Kaki seluarnya dinaikkan hingga ke betis.Baju dibadan ditarik keluar kerana mulai dibasahi dengan peluh.
Sudah petang tetapi masih membahang panas.
"Ayah tanya kut achik ada cari.Apa khabar la,sorang diri macam tu." pakcik Daud termangu lama.Rokok daun yang sudah dicucuh api disedut dan dihembus asapnya ralit.
Uzair cuma diam tanpa membalas. Cangkul di ambil.Lalu rumput-rumput liar di tepi rumah dicangkul biar kemas.Sejak balik ke sini dan menjaga emaknya itu.Hal rumah ini dari dalam sehingga ke luar rumah di kisahkannya.
Pakcik Daud cuma melihat anak itu lama.
Mahu menyelami tetapi tidak faham kerana anak lelakinya itu banyak diam dan kunci mulut.
Mengeluh perlahan.Ada risau dihatinya kenangkan Sofea dan cucunya itu.Mahu di beritahu risau anaknya tidak menerima.
Jadi didiamkan saja seperti mana permintaan Sofea.
"Semoga Fea dan cucu ayah baik-baik saja.Semoga Allah pertemukan juga nanti. " Bisik hati pakcik Daud.
"Mak memang suka meracau ke ayah?"
Mula duduk, lalu baju tadi diambil.Peluh ditubuh dilap.Lalu di sangkut baju basah itu dileher.Air teh di meja batu diambil lalu diteguk rakus.
"Ayah pun tak tahu apa pasal dia macam tu."
Sejak lumpuh separuh badan,tantrum orang tua itu menjadi-jadi.Makin menjadi bila waktu malam.Tidak memahami kerana wanita itu sudah tidak boleh bersuara. Wajahnya senget sebelah.
Mulut juga sama.Cuma mengeluarkan bunyi dan mendengus jika tidak kena hatinya.
"Tak cuba berubat kampung ke ayah?"
Sejujurnya saat balik ke sini,ruang hatinya tidak betah.Terasa seperti diperhatikan.
"Tak tahu nak berubat ke mana.Sejak sakit macam tu,ulang alik hospital pun dah berjam achik."
Uzair menggangguk faham.Tahu rutin rawatan emaknya boleh tahan berderet.
"Ayah masuk la,lama duduk sini." Lalu melangkah masuk.Mendekati isterinya yang terlantar di katil di ruang tamu itu.
Dilihat sedikit susut kerana sudah tiga kali menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di perut.Walaupun sudah di bedah tetapi kelihatan perut isterinya itu membukti semula.
Selimut diambil lalu diselimutkan isterinya itu.Melihat pula kaki yang kelihatan membengkak.Dibelek lama.Merah dan sedikit panas.Doktor di hospital memberitahu kencing manisnya tinggi.
Melangkah ke bilik air lalu mengambil wuduk.Terus solat Asar.
Uzair di luar termenung lama.Seketika...
Kelihatan Toyota Vios merah memarkir di halaman rumah.
"Aduhh..datang lagi." Gumam perlahan
Mula bangun masuk ke rumah.Mencari t-shirt,lalu disarung ke tubuh.
Melihat ruang biliknya itu lama.Terlihat sudah berubah. Perkara awal yang dibuat saat balik ke sini adalah menukar segala yang ada di dalam bilik ini menjadi lain.
Cat dan arah katil serta almari di ubah susun aturnya biar kenangan lama tidak menghantui dirinya ini.
Kaki di bawa keluar.Dilihat Airin anak jiran sebelah itu duduk dibirai katil maknya.
Hari-hari nak datang,pesakit dekat klinik tu tak cukup agaknya. Bebel hati Uzair.
Tidak tenang hidupnya bila wanita itu bertandang.Sejak dirinya ada di rumah ini makin kerap pula mahu bertandang.
"Abang..Rin bawa pisang goreng." Sapa Airin lembut.
ANDA SEDANG MEMBACA
UZAIR : KALI KEDUA (C)
RomanceFIFTH (SPIN-OFF EZRA RAFFAL'S DAN ZARILL) 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit ha...
