FIFTH (SPIN-OFF EZRA RAFFAL'S DAN ZARILL)
🍁UZAIR & SOFEA🍁
Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang.
Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul.
Kerana amarah dan sakit ha...
Berjalan terhencut bila kakinya terasa sakit dan berat.Cuaca panas diluar makin buatkan suhu badannya panas.
"Mak ni cuba duduk diam,ke hulu ke hilir. Rimas tengok." Bebel kaklong Hani geram Sejak tadi mahu menonton. Tidak tenang bila emaknya itu berkawad ke sana sini.
"Mak tak sedap perut la.Nak terberak tak,nak kencing pun tak." Ujar makcik Hajar mengeluh panjang.
"Sembelit kut."
"Jom pergi rumah tok Anom."
"Cuba kalau sakit tu pergi hospital.Ni sikit-sikit pergi jumpa tok Anom."Bebel kaklong Hani. Tidak memahami juga emaknya itu.
"Alah,kalau jumpa tok Anom tu sekejap je elok.Aku tahu la sakit aku ni kena jumpa dia baru elok.."
Lebih percaya tok bomoh dari doktor.
"Siap la..kejap lagi kita pergi.Along tak nak lama mak,seram la rumah dia tu. Siang okey sikit." Ujar kaklong Hani terus
Sejak mengenali tok bomoh itu empat tahun lalu kerana diperkenalkan jiran tetangga,emaknya sering ke sana.
"Awal lagi ni,kejap mak pakai baju." Lalu melangkah ke bilik,bersiap ala kadar.
Empat puluh minit kemudian sampai ke rumah tok Anom itu.
"Tutup je pintunya."
"Selalu ada time sekarang."
Melangkah turun.Melihat rumah papan suram itu.Sedikit berhutan disekeliling. Memanggil berkali-kali.Kedengaran enjin motosikal dihujung jalan.
"Tok Anom tu dah meninggal dah bulan lepas." Beritahu lelaki itu.
"Huh??sungguh ke?" Terkedu
"Sungguh..saya dengar orang cakap mayat dia dah reput.Polis yang ambil dan bawa ke hospital."
"Re..reput." membulat matanya makcik Hajar dan Hani.
"Balik la makcik,seram sikit rumah dia ni.Orang kampung sini mana ada datang kemari." Ujar lelaki itu terus menunggang pergi.
"Jom la mak,merinding dah bulu roma ni." Ajak kaklong Hani terus.Menarik makcik Hajar masuk ke perut kereta lalu memecut laju.
"Mak..kita baru je pergi rumah dia dua minggu lepaskan?" Bual Hani dengan wajah pucat
Makcik Hajar pula sudah diam membisu.
"Along rasa kita..."
"Haishh kau ni..diam la,merepek je." Balas masih berwajah tenang.Dalam hati sudah gundah-gulana.Mengingati semula pertemuan demi pertemuan dengan tok Anom itu.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.