BAB 70

18.4K 642 30
                                        

Duduk mengadap isterinya itu lalu pinggan berisi ubi kayu dan kelapa parut di hulurkan.

"Fea okey je kalau dah takde ubi kayu lagi abang."

Menarik kerusi lalu duduk di meja pulau itu walaupun jarum jam sudah mahu 10 malam saat ini.

"Takpe.Ada yang kasi,kita cuba la kut sama yang macam sayang nakkan tu.Ini...cuba."

Secawan air teh o panas dibawa sama,
mula duduk bertentangan.Hampir seminggu hidangan di rumah ini adalah ubi kayu.

Ubi kayu rebus yang masih panas itu di ambil sedikit.Uzair pula masih menanti dengan debaran.Seakan tukang masak yang menanti juri adili masakkannya sekarang ini.

"Fea agak abang dah pro rebus ubi sekarang." Ujar Sofea mahu ketawa

Seminggu ini suaminya itu la tukang rebus ubi yang ada.

"Demi anak tekak sayang dan anak abang dalam sana tu..apa pun boleh ni." Tersenyum nipis.

Kenangkan sewaktu Sofea hamilkan Zara dirinya tiada,waktu-waktu begini memang menanti sejak dulu.Kepingan melayan kerenah mengidam isteri.

Perlahan ubi rebus dan kelapa parut diambil lalu disuap ke mulut.Dikunyah perlahan.

"Macam mana??" Kalut dah tanya.

"Sedapp!!." Sambil mengangguk laju.

Birai mata sedikit berkaca.

"Serius ni?bukan sebab nak ambil hati?" Beria tanya.

Risau kalau Sofea cuma menjaga hati dan serba salah dengan peel mengidamnya itu.

"Serius ni,nampak nak nangis sebab sedap.Sama dengan yang Fea nak." Diseka air mata cepat

Lalu di ambil lagi,dikunyah cepat sambil mata tertutup.Menghayati betul gaya tu.

"Betul-betul ni?" Masih tak percaya

"Betull...ubi kayu mana ni?siapa kasi?" Soal sambil selera makannya bertambah-tambah

"Alhamdulillah...." Wajah diraup cepat.

Tersenyum lebar sekarang.

"Sedappp betul ni...cuba rasa." Lalu disuap Ahmad Uzair sama.

"Kalau abang yang rasa,semua sama je sayang..rasa ubi kayu." Kunyah sambil ketawa kecil.

"Takla..ini lain.Mana datang ni?" Soal lembut lalu mata naik mengitari ruang dapur mereka.

Kelihatan kotak kecil diatas kabinet dapur.

"Itu..ayah kirim,baru sampai siang tadi.
abang ambil dekat loker bawah waktu naik tadi." Bibir terjuih ke arah kotak di kabinet sana.

"Owhhh...dari kuala Kangsar la ni." Gumam dengan anggukan.

Ubi yang ada,sudah tinggal separuh.
sejak tadi disuap ke mulut.Ralit bila setelah seminggu baru dapat ubi yang kena dengan tekaknya.

"Haah..tapi ni sedikit je.Sebijik je yang elok,yang lain tu dah masuk angin sebab kena sidai dekat kurier lama.."

Sofea sudah melorot bahu.Wajah sedih mula terbias.

"Kalau nak lagi,abang minta ayah poskan lagi nakk??" memandang wajah sayu itu lama.

"Nakk.." cepat je dijawab.

"Okey..habiskan ni."

Lalu temankan Sofea makan ubi rebus yang cuma dapat sebiji kecil selepas di asingkan tadi.Hampir dua hari tersangkut di kurier,ubi yang sampai memang tak elok jadinya.

UZAIR : KALI KEDUA (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang