Duduk di pangkin luar rumah kedua makcik dan pakcik yang tidak dikenali itu sejak tadi.Sedikit tenang bila rumah ini kelihatan bersuasana kampung.
"Sofea okey?" Makda menyapa lembut.
Mula duduk di pangkin sama.
"Alhamdulillah..okey sikit." Dia terhutang budi dengan kedua orang tua itu.
"Sofea tinggal di mana?"
Sejak semalam mahu ditanya.Tetapi disimpan saja bila melihat wanita muda itu banyak mengelamun dan tidak sihat.
"Jauh..di utara sana."
"Bawa diri ke ni?" Seakan dapat dihidu,
anak itu punya masalah berat.
"Lebih kurang begitulah.Sofea sebatang kara,tiada keluarga pun."
"Sofea boleh cerita kalau ada masalah atau tak sihat."
Tidak mahu memaksa kerana mereka baru mengenali.
"Takpe makda,macam ni pun Sofea dah bersyukur.Terima kasih bagi Sofea tumpang di sini sementara waktu."
"Sama-sama,minum la." dipelawa air yang ditatang tadi.
"Makda asal sini?"
"Memang asal sini.Tapi dari muda merantau ke luar,baru je balik semula ke sini Sofea.Ni rumah arwah mak pakda."
Sofea cuma menggangguk faham.
"Lelaki semalam tu,dah ditangkap polis." Ujar makda tiba-tiba.
"Makda kenal?bukan perompak?" Berkerut dahi Sofea.
"Kenal,bekas pekerja pakda.Mungkin ada dendam di hati sebab tu jadi macam tu."
"Owhh.." Sofea gumam. Sedikit terkedu.
"Dah beberapa kali dia cuba attack pakda.Tapi semua patah,tak tahu semalam-semalam tu mungkin nak takdirkan bertemu Sofea,makda pula yang dia cari."
"Mujur makda tak apa-apa."
"Mujur la..Sofea nampak pucat je,Sofea memang sakit ke?" Agak risau melihat anak itu.
"Sihat,tapi sesekali rasa tak sihat.Sofea pun tak tahu Sofea kenapa makda."
Sejujurnya tubuh badannya sedikit berubah dan selalu sakit sejak keguguran.
"Jom pergi check,waktu di hospital haritu kenapa tak bagitahu?" Makda mulai risau
"Sofea okey makda,tak serius ni."
"Makda ni bekas jururawat tau.Kalau Sofea tak sihat,ada banyak ubat di dalam sana.Bagitahu je nak ubat apa dekat makda."
"Ya baik..kalau tak tahan Sofea minta ya."
"Makda nak Sofea sihat,makda hutang nyawa ni dengan Sofea jangan segan nak minta apa-apa dari makda dan pakda." tangan Sofea dicapai lembut.Tidak mahu Sofea segan dengan dirinya dan suaminya.
"Apa Sofea buat tu memang semua orang akan buat benda sama makda,jangan rasa terhutang.Sofea ikhlas."
Jika boleh,dirinya tidak mahu susahkan dan bebankan sesiapa lagi.
"Waktu Sofea selamatkan makda,makda tahu Sofea anak yang baik.Makin makda tahu Sofea baik,bila Sofea sedar tapi Sofea sibuk check makda dari diri Sofea sendiri.Makda cuma nak balas kebaikan Sofea." Ujar Makda panjang.Sejak Sofea sedar dan kalut mencari luka dibadannya,
saat itu dirinya tahu anak itu tulus.
"Makda takde anak?"
"Ada,tapi masing-masing merantau ke negeri lain.Kerja."
"Pakda ke mana?dari tadi tak nampak."
Dilihat ruang garaj,kelihatan tiada kereta lelaki itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
UZAIR : KALI KEDUA (C)
RomanceFIFTH (SPIN-OFF EZRA RAFFAL'S DAN ZARILL) 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit ha...
