Duduk di pangkin luar rumah memandang anaknya yang sudah pandai berjalan, melangkah mengejar ayam-ayam Pakda yang ada.Sofea cuma tersenyum senang.
"Perlahan sikit laa." Laung Sofea
Semua perkembangan anak itu dirakam dan simpan di telefon.Dari hari pertama Izara Andara itu lahir sehinggalah sekarang.
"Maa.." panggil anak itu sambil melangkah dengan kaki kecilnya mendekati Sofea.
"Apa?" Dilihat Zara menggenggam sesuatu lalu dihulurkan padanya.
"Taik ayam la Zara.." pekik Sofea mahu ketawa.Melihat bukaan genggaman tangan kecil dengan tanah dan tahi ayam terpalit sama.
"Jangan masuk mulut tau,kotor ni sayang.buang-buang." Terus membawa anak itu ke paip air luar rumah.Tanah dan tahi tadi buang semula ke tanah.
"Pengutip la awak ni."
"Cuba bau tangan sendiri..wuerk.busuk." Lalu tangan kecil anak itu Sofea bawa dan di letakkan di hidung Zara.
Sampai berkerut dahi Zara dengan hidung kembang-kempisnya ditayang saat terbau tapak tangan sendiri.
"Haa tahu pun busuk.Jangan kutip dekat tanah,kotor la Zara."
Sabun diambil dan mencuci sekali lagi tangan anak itu.Zara yang belum pandai bercakap cuma membebel dengan bahasa yang tidak difahami.
Lalu di letakkan Zara diatas pangkin.
Duduk berdua dan main masak-masak pula.
"Aii..maknye pun main sama." Sapa kak Nora tersengih.Mendekati mereka lalu naik dan duduk sama di atas pangkin sama.
"Sesekali."
Mulai riuh bila dua anak kak Nora turut sama di situ.
"Kak dengar, mak cakap Sofea nak berhenti kerja.Betul ke?"
Dua tahun lebih wanita ini duduk di sini dan menemani emak dan ayahnya.Sudah dianggap seperti adik dan keluarganya sendiri.
"Betul la tu.Sofea tak nak Makda dan Pakda serba salah."
"Kenapa ni?cuba cakap.." Tanya kak Nora lembut.
Mulai serius.
"Takde apa. Nak ubah angin.Dah lama Sofea duduk sini.Semua orang tahu Sofea orang luar.Sofea tak nak sebab Sofea, Makda dan Pakda kena hina dan cerca kak.Banyak masalah jadi sebab Sofea."
Semenjak setahun lalu,beberapa fitnah dilemparkan kepadanya.Sampai ada waktunya Makda dan Pakda turut terpalit sama.Perniagaan mereka juga sedikit merosot kerana perbuatan khianat dilakukan beberapa kali.
"Mak dan Pak tak merungut pun Fea.
Kesian mak,sedih je bila tahu Fea nak merantau bawa Zara." Cuba memujuk lembut
"Fea tak nak susahkan Makda dan Pakda lagi kak.Cukup la budi baik akak sekeluarga pada Fea dan Zara.Fea terhutang budi banyak sangat.Dah sampai waktunya Fea melangkah sendiri."
Terasa sudah lama dia bebankan keluarga ini.
"Dah plan ke nak ke mana?"
Dia faham keadaan Sofea.Tahu selama duduk di sini dan bekerja di kilang sana banyak cacian dan fitnah dilemparkan kepada wanita ini.
"Belum..mungkin balik ke kuala Kangsar semula." Dirinya cuma ingat kampung halaman itu.Rindu kepada arwah ummi Zaliha semakin menebal.
"Hurmm..kak Nora ada nak offer kerja, kalau Sofea nak.Kak Nora tak cukup pekerja sekarang."
ANDA SEDANG MEMBACA
UZAIR : KALI KEDUA (C)
RomanceFIFTH (SPIN-OFF EZRA RAFFAL'S DAN ZARILL) 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit ha...
