BAB 21

15.4K 578 44
                                        

Kem Marakah,Lubnan

Duduk di birai katil,lalu tangan mencapai kain batik yang dilipat kemas di bantalnya itu.Diambil lalu diletakkan di dada sekejap.

Rindu ni berat...

Nafas dihela panjang.Tak mahu layan perasaan.Kasut di sisi katil di ambil dan disarungkan ke kaki.Talinya diikat kemas.

Jam di pergelangan tangannya dilihat sekilas.4 pagi.Kaki diatur ke pintu.Lalu berjalan perlahan ke padang kawad seperti hari sebelumnya.

Berlari mahu habiskan pusingan padang kawad itu sambil matanya melihat matahari perlahan terbit.Melayan perasaan seketika.

Hampir empat bulan di sini, kerana ditugaskan menyertai pasukan pengaman Batalion Malaysia (MALLBAT)

Habiskan enam pusingan larian lalu duduk di lantai simen padang lapang itu. Termangu.Peluh di wajah diseka.

Ruang hatinya tidak pernah baik sejak bibirnya menuturkan perkataan "cerai" itu.
Susah mahu luruskan hati bila melihat isteri yang dirinya cinta duduk di keadaan aib begitu.

Jika ditanya kepada semua lelaki dimuka bumi ini.Dirinya yakin,tiada siapa yang akan berfikir yang baik-baik.

Tangan naik meraup wajah.Cuba hilangkan bayangan itu.Pedih hatinya belum mahu hilang.Earbuds di telinga dicabut bila terasa di dekati.

"Kau tak bawa diri sekali ni?badan je dekat sini otak ke lain." Sapa Leftenan kolonel Zubir ramah seperti selalu pegawai atasannya itu.

"Betul la tu,datang sebab tugas." Lalu penutup botol air dibuka,diteguk airnya rakus.

"Semua pun sama Zir.Lama lagi ni." Ujar Zubir menepuk bahu Uzair. Lalu keduanya termangu.

"Kau pernah ke rasa keadaan terbeban walaupun kau tak salah?" Soal Uzair perlahan mahu berbasa-basi

Mata masih memandang jauh ke sana. ke padang jarak padang di hujung sana.
Padang yang cuma ada pokok sedikit.Dari jauh terlihat binaan bangunan tinggi.
Penempatan penduduk dan bangunan sekolah untuk anak-anak di sini.

"Kalau terbeban maksudnya,kau belum ikhlas atau tak rela la tu.Mungkin ada yang masih sangkut." Balas Zubir

Uzair menggangguk faham.

Ada yang masih sangkut..

Balik ke bilik dan bersiap.Lalu melangkah ruang pejabat bagi pegawai di sini.
Seketika kedengaran deringan pesanan muncul di telefonnya.

"Mak tak sihat." Pesanan dari abangnya itu kerap kali muncul sejak sebulan lalu.

"Zir..jom." panggil pegawai atasannya itu

dia mula bangun lalu telefonnya di simpan semula.Melangkah beriringan bersama tiga pegawai atasan dan pegawai pemerintah.Lalu ke khemah utama yang kelihatan penuh dengan wakil dari PBB dan  sukarelawan yang baru tiba bagi memberi khidmat kepada masyarakat disini selama beberapa minggu.

Berdiri tegak bersama anggota MALLBAT lain mendengar taklimat ringkas itu.
Selesai sahaja taklimat, Uzair mula bergerak menjalankan tugas seperti biasa walaupun terasa tidak sedap badan.

"Tuan okey?" Sapa Leftenan Farid

"Okey." Melangkah ke bilik senjata lalu diperiksa satu persatu.Baru mahu mengangkat senapang M16 itu.Tekaknya mual.

Terus melangkah kalut ke tandas.Habis dimuntahkan sisa sarapan pagi tadi.
Longlai tubuh bila habis semua dibuang.
Tangan naik menyeka peluh di dahi.

"Tuan okey ke ni?" Sapa Leftenan Farid yang ikut melangkah dari belakang sejak tadi.

Uzair cuma mengangkat ibu jari tanda okey.Tetapi perutnya pula bergelodak.
Memulas kemain.

UZAIR : KALI KEDUA (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang