BAB 48

17.9K 601 64
                                        

Berdiri sejak tadi melihat dari jauh anaknya itu bermain di taman permainan.

Sejak tadi cuma bermain sendirian,lama kelamaan sudah mula berkawan dengan kanak-kanak lain.

Menghela nafas panjang lalu melangkah duduk di kerusi batu yang ada.

Sepatutnya hari ini majlis perkahwinannya dengan Zaheen.

Tetapi kedengaran dari kak Nora majlis itu sudah menjadi majlis perkahwinan Zaheen dan adik angkatnya Asnara.

Tahu semestinya hal itu atas desakan Datin Sarimah itu la.

"Jauh sangat termenungnya." Sapa suara garau.

"Hmmm." Balas tanpa nada.

Wajah teralih sekilas saat disapa tadi.

Seketika cuma berdiam melihat Zara di sana.

Sibuk main buaian pula.

"Kau..tak jadi nikah dengan lelaki itu." Gumam perlahan

Lalu nafas ditarik sedikit.

"Kalau..aku ajak kau nikah semula sudi tak??." Tanya lembut

Mata dibawa menatap sisi wajah Sofea lama.

"Tak nak..saya tak jadi nikah sebab mak dia sama dengan mak awak.Takde beza kalau kita nikah balik."

Memandang ke arah Zara.

Walaupun tahu iris mata lelaki itu belum beralih dari memandangnya sejak tadi.

"Ada la beza...sekarang kita ada Zara.
kena fikir pasal Zara.Tak kesian ke dengan dia?mesti dia pelik kenapa kita macam ni.."

Mata dibawa ke arah anaknya pula.

"Saya lagi kesian dengan diri sendiri.Tak lalu la nak ulang semula scene mak mentua tak suka tu." Balas Sofea tenang

Itu yang di takutkan.

Kedengaran Uzair mengeluh berat.

"Kali ni aku tak minta kau pilih lagi Nurul Sofea.Aku nak kita nikah semula untuk kita bertiga bukan untuk orang lain." Balas Uzair lembut

Sofea mula memandang lelaki itu pula.

"Kalau boleh diulang semula,aku nak balik ke hari aku kenal kau sebab payung tu."

Gumam Uzair tanpa alihkan mata dari memandang hadapan sana.

Nampak termangu.

Jika boleh diulang waktu,dirinya mahu balik ke waktu itu.

Hari dirinya jatuh cinta.

Hari dirinya memilih Sofea tanpa campur tangan sesiapa.

Jika boleh dirinya mahu membawa Sofea jauh tanpa balik kepada keluarganya.

Jika boleh biar cuma mereka berdua dalam perkahwinan itu tanpa libatkan keluarganya atau sesiapa.

Tapi itu cuma jika.

Kerana sekarang mereka seperti orang lain yang terasing.

"Kalau boleh di ulang saya tak nak pinjamkan payung tu.biar kita tak payah kenal,takpayah nikah,tak payah hadap semua sakit selama ni." Gumam Sofea pula

Uzair sudah meraup wajah.

"Kau memang serik bersuamikan aku ke?."

"Sangat serik." Balas Sofea perlahan

Tanpa riak,wajahnya cuma kosong.

"Aku minta maaf untuk semua sakit yang kau tanggung sebab keluarga aku." Ujar Uzair

UZAIR : KALI KEDUA (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang