Ellvera Royal Resort pulau Kapalai,sabah
Berdiri di jendela menongkat tangan di birai tingkap.Satu tangan pula,sejak tadi memegang sebatang rokok yang sudah dinyalakan api.Sesekali disedut,lalu dihembus ke udara asapnya.
Kedengaran desiran air di bawah lantai kayu yang dipijaknya ini.Diluar sana suasana kelam malam terlihat dimata.
Ralit termangu.
Seketika.Terasa lingkaran jemari halus membelit tubuhnya dari belakang.Bibir naik tersenyum.Tahu gerangan yang membelit itu.
"Fikir apa hm?" Sapa Sofea masih terpisat-pisat matanya
"Takde apa.kenapa bangun?"Mengerling tubuh yang melekap dibelakang tubuhnya itu.
"Susah tidur." Balas lembut.Suara sedikit serak.Belakang tubuh tegap itu dikucup sekilas.Mula bersandar.
"Kenapa datang sini?"
Sama-sama menikmati suasana malam kelam mereka.
Zara pula,sudah terbongkang tidur lena di tengah katil sana.Penat seharian kerana perjalanan panjang mahu ke sini, sampai-sampai terus mahu terjun laut anak itu.
"Honeymoon.." bisik Uzair perlahan hampir tidak kedengaran.
Sisa puntung rokok tadi,dicampak ke laut.
Lengan kekarnya mula menarik tubuh Sofea ke dakapan.
"Honeymoon la sangat." Omel Sofea
Menongkat dagu di dada bidang tanpa alas itu.hangat,tenang,aman dan damai.
Sesekali tiupan angin malam menampar wajah.
"Abang belum habis culture shock la sayang,tiba-tiba ada Zara.Sebelum ni kita berdua je." Ujar Uzair cemberut
"Dengan anak sendiri pun jealous ke ni?"
Mahu ketawa.Tahu peel menyendeng suaminya itu makin kuat sekarang.
Pengantin baru yang dah basi la katakan.
"Bukan jealous...belum biasa.Tapi..
abang bersyukur sebab selama abang tiada di sisi sayang,sayang kuat sebab Zara." Gumam perlahan
Jika difikirkan semula,tahu luka hati isterinya lebih parah.Bawa diri sendirian selama ini.
"Betull..mujur ada Zara." Mengangguk setuju
"Buat teman..selama ni Fea selalu sendiri.Bila ada Zara,terasa ada keluarga." Mendongak wajah
Saling berpandangan.
"Sorry.." ujar Uzair perlahan.
Sendu.Sayu.Tersentuh dengan ayat Sofea itu.
"Kita tak payah cakap hal yang dah lepas lagi.Fea tak mahu ingat semua tu."
Jari naik menyeka air mata yang perlahan turun dipipi suaminya itu.
"Lepas balik dari Lubnan,abang cari sayang..abang cari Ummi,abang...baru tahu ummi dah tak ada."
Makin laju air matanya keluar bila tahu wanita itu meninggal dua hari selepas mereka bercerai.
"Fea tak nak susahkan Sal,Fea pun tak tahu nak kemana bila Ummi dah takde."
"Sayang patut balik rumah kita." Balas dengan suara bergetar.
"Fea takut abang tak nak pandang Fea lagi."
Kelihatan keduanya mulai basah dengan air mata sekarang.
Masih hal lama dibahaskan.
"Abang salah,bila langsung tak cari dan putus hubungan kita terus." Terus di peluk Sofea erat.
ANDA SEDANG MEMBACA
UZAIR : KALI KEDUA (C)
RomanceFIFTH (SPIN-OFF EZRA RAFFAL'S DAN ZARILL) 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit ha...
