BAB 14

12.9K 490 47
                                        

Tanah perkuburan itu dipenuhi sanak saudara dan kenalan ummi Zaliha walaupun hari sudah gelap malam.
Suasana sayu dan pilu menyelubungi sekeliling dan ruang hati Sofea lebih lagi pilunya.

"Kenapa ummi tinggalkan Fea.Fea dah takde sesapa."

Sewaktu sampai di hospital tengahari tadi,sempat melihat wanita itu menghembus nafas terakhirnya dipangku Salmi.

Kedengaran bacaan talkin kuat dihujung sana.Salmi disisinya sejak tadi menangis.

"Aku dah jadi yatim piatu Fea." Gumam dengan suara parau

"Sabar Sal..ummi sakit lama.Kita redha ya." Pujuk lembut

Walaupun hatinya juga koyak rabak.
Tempat berteduhnya sudah hilang sekarang,diambil Allah SWT semula.

Terasa ruang kosong di dalam dirinya banyak sekarang.Ujian bertimpa-timpa.

Baru diceraikan dua hari lalu,sekarang seseorang yang dianggap sebagai ibu juga hilang dari sisinya.

"Lepas ni Fea nak mengadu dengan siapa.."

Ayat-ayat itu cuma dibisikkan di dalam hati.Tidak mahu Salmi makin sedih.
Dirinya cuma menumpang kasih dari wanita itu.

Selesai pengkebumian itu.Mula balik ke motel semula.Bersihkan diri.Lalu duduk dibirai katil.Cuba mengingati semula kejadian yang berlalu.

"Kaklong." Gumam sendirian.

Bila ingatkan semula ubat yang ditelan sebelum tidak sedarkan diri.

"Tak sangka,hati korang hitam sangat."

Meraup wajah dengan keluhan berat.

Dompet di tas tangan diambil.Melihat baki wang yang dirinya ada.Kelihatan cuma satu not berwarna ungu dan not kecil lain serta syiling yang tinggal.

Lalu air mata turun semula.

"Dah tak boleh duduk sini lama Fea.Tak cukup duit."

Tidak tahu ke mana arah tuju dirinya selepas ini.

Telefon dicapai.Aplikasi WhatsApp dibuka.Melihat pesanan terakhir kali Ahmad Uzair padanya adalah pada hari mereka bertemu semula di pejabat agama itu

"Jumpa dekat pejabat agama pukul 9."

Lalu ke ruang panggilan.Nombor telefon lelaki itu di dail.Namun hampa.Tiada sambungan.

Menghela nafas perlahan.

"Cukup la,dia dah buang kau sekarang."

Terasa ruang membela diri tertutup rapat.Kenangkan keadaan dirinya yang aib sewaktu lafaz cerai itu,buatkan Sofea agak tiada jalan mahu baikkan mereka lagi.

"Jangan tadahkan lagi muka kau Sofea.
Dah habis jodoh.Biar Allah balas.Kau diam bukan sebab kau salah tapi kau teraniaya." Pujuk hati sendiri.

Mula bangun ke tandas lagi.Lalu naik dan baring di katil.Otak dan hatinya sarat.
Mata cuba dipejam,mahu tidur tetapi yang ada cuma air mata yang keluar.

Suasana hatinya berat sungguh sekarang.Mahu menangis sudah habis air mata.Tidak tahu bila dirinya makan terakhir kali.Semuanya berantakan tiba-tiba.

"Abang langsung tak bagi ruang untuk Fea cakap." Gumam Sendirian.

Makin pedih bila campur tangan dua beranak itu seakan menyimbah minyak ke dalam api.Makin marak amarah lelaki itu.

Makin marak amarah lelaki itu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
UZAIR : KALI KEDUA (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang