FIFTH (SPIN-OFF EZRA RAFFAL'S DAN ZARILL)
🍁UZAIR & SOFEA🍁
Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang.
Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul.
Kerana amarah dan sakit ha...
Melangkah ke pintu rumah,sambil kunci kereta digenggam sama.
"Papa pegi lame ke??" Suara Zara kedengaran sendu.
"Sekejap je..esok atau lusa papa balik." Lalu pipi anak itu dikucup bertalu.Mula turunkan dan letak dibawah biar anak itu berdiri sendiri.
"Jaga mama untuk papa,kalau ade apa-apa ketuk pintu rumah Uncle Rehal tau." Pesan lagi untuk kesekian kalinya
"Oceyy.." menggangguk faham. Cemberut bila tak boleh ikut sama.
"Ni kunci.." hulur Sofea sejak tadi memandang peel dua beranak itu.Berdiri di birai pintu.
"Abang balik sekejap,kalau takde apa abang balik cepat." Ujar Uzair
"Ye.." Mengangguk faham
Tahu akan sampai waktunya perlu juga lepaskan lelaki itu pulang ke pangkuan keluarganya.Lalu kekura tangan suaminya itu dikucup sekilas.Berpandangan seketika.
"Tak nak ikut?" Tanya lagi.Lebih berharap isterinya itu ikut sama.
"InshaAllah nanti..Drive elok-elok."
Uzair cuma mengangguk.Kekura tangan Sofea pula dikucup.Tubuh wanita itu dirangkul seketika.
"Jaga diri..jangan lasak sangat." Sempat pesan lagi.Tapak tangan dibawa melekap ke perut isterinya itu.Kelihatan sedikit menaik bila usia kandungan mulai memasuki tiga bulan.
"Ye tahu... berapa kali dah pesan tu."
"Risau...Jara jangan buat peel banyak okey..kesian mama,nanti letih." Mata dibawa melihat anak itu.
"Jara gud girl la papa.Jara jage mama. janji ni." Sambil tangan diangkat tanda janji.
"Okey...papa pergi dulu."
Sempat dikucup lagi dua kesayangannya itu lalu melangkah ke perut lif.Masih melambai bila Izara Andara itu masih ikut melambai dihujung kaki lima sana.
Melangkah ke ruang parking, mendapatkan Fordnya itu lalu memandu balik ke kampung Che Manggis.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Siap solat Asar,melangkah ke bilik emaknya itu.Sempat mata mengitari ruang tamu,kelihatan empat anak saudaranya sibuk mewarna dengan tekun bila maksu mereka di atas sofa memegang rotan.
"Cikgu besar dah tu." Laung Uzair saat melangkah
"Haah,besar ni..kalau ada anak Achik makin meriah ni." Sengaja dipancing
"Belum mahu balik ke sini.Kau doa la kak ipar kau nak balik ke sini." Lalu melangkah ke bilik maknya itu.
Sakinah di sofa sana menghela nafas panjang.Sampai saat ini masih sukar diterima apa yang berlaku.
"Sampai hati mak." Gumam perlahan
"Acuuu dah siappp." Lalu melayan kerenah anak-anak buahnya itu.