BAB 26

14.9K 523 16
                                        

Hampir tiga bulan bekerja dengan Kak Nora.Melihat persiapan majlis kahwin itu dengan rasa puas.

"Lawaaa." Gumam Sofea perlahan.

"Sikit lagi siap,pastu boleh balik ya." Celah kak Nora

"Okey."

Lalu di kemaskan bunga-bunga hidup di kiri kanan pentas pelamin itu.Melangkah ke suis lampu lalu di tekan,mahu melihat lampu-lampu berfungsi elok.

Melihat dewan hotel itu dengan keluhan, sejak semalam berkampung di sini.Selain membantu merancang majlis perkahwinan.

Dirinya dan kak Nora perlu turun padang untuk menyiapkan segala persiapan di tempat majlis diadakan.

"Mujur kak Nora tak buat baju kahwin sekali,kalau tak lagi kalut ni." Bual Sofea

Sejak tadi mereka berdua serta empat lagi pekerja kak Nora sibuk menyiapkan tugasan masing-masing.

"Ni pun berhempas Fea.Musim kahwin ni sibuk la.Lusa majlis kahwin Datuk Megat pula." Balas lembut

Sedikit senang kerana Sofea sejenis yang cepat belajar dan boleh buat sesuatu kerja dengan cepat.

Kedengaran bunyi telefon Nora menjerit minta di angkat.

"Ye hello." Kelihatan wanita itu mula bangun dan berbual.Sedikit berkerut dahinya.

Sofea mula sudahkan kerjanya.Sarung kerusi dan meja di pasang.Lalu ribbon diikat kemas.

"Feaa..Fea kena tolong akak boleh tak?" Pinta wanita itu dengan wajah mahu menangis

"Tolong apa kak?"

"Sofea pandai buat kek kan?"

"Boleh la sikit-sikit.Kenapa?"

"Tolong siapkan kek kahwin majlis esok ni?Kak Siti urgent balik kampung." Pinta kak Nora sudah menangis.

"Kek apa dia nak tu?Sofea reti kek kampung je kak." Sedikit risau.

"Kek tiga layer.Fondant.Akak tahu Fea boleh .. pleaseee." Rengek kak Nora terdesak.

"Kak siti dah buat ke belum?" Menarik nafas panjang.Sedikit risau kerana dia sudah lama tidak membuat kek begitu.

"Belum buat apa-apa.Dia emergency terus balik kampung."

Sofea mula gugup.

"Sempat ke?"

"Sempat kalau pergi buat sekarang.Takpe Sofea tinggal kerja sini,balik ke dapur. nanti siap dekat sini kak Nora singgah ke sana."

"Bahan semua?"

"Dah siap,tinggal nak adun bakar dan deko."

"Kalau gitu Sofea gerak sekarang la."

"Ambil Zara dulu Sofea." kak Nora pesan.

"Ha okey..Sofea pergi dulu."Lalu meninggalkan dewan hotel berkenaan.
Memandu ke nurseri dan ambil Zara.

Dibawa ke bengkel Kak siti yang menjadi tukang membuat kek kahwin kepada perancang perkahwinan N&N.

"Zara okey ke harini." Bual Sofea
Sambil tangan sibuk mengeluarkan semula hasil kerja separuh jalan kak Siti pagi tadi.

Sempat di lihat kertas oder dan permintaan pelanggan yang diletakkan di papan putih itu.Sambil kedengaran suara Zara membebel itu dan ini.Duduk di kerusi sambil melihat mamanya bertukang.

"Bismillahirrahmanirrahim.." gumam Sofea lalu dimulakan dengan mengadun tepung semula.Hampir tiga jam baru siap membakar kek.Sudah beberapa kali dia ulang alik ke bilik rehat bila Zara banyak akal.

UZAIR : KALI KEDUA (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang