BAB 23

14.6K 514 28
                                        

Melangkah ke bilik air lagi bila pundi kencingnya penuh semula.Masih terhencut walaupun sudah berbulan kakinya sakit.Dengan terpisat-pisat dia membuka pintu tandas.Agak jauh bila bilik air cuma ada di dapur.Lalu membuang air kecil.Menapak mahu keluar.

"Hajarrrr." Sapa makhluk itu.

Makcik Hajar yang kakinya basah mulai terkejut lalu tergelincir dan jatuh dilantai.
Mengaduh dan mendesis.Dada dihempas debar. Bukaan matanya membulat.Mahu memanggil pakcik Daud.Suaranya seakan tidak keluar.

"Aku lapar..kau tuan aku,bagi aku makan." Ujar makhluk itu dengan suara garau.Senyum sinis.Bermata merah.

Kelihatan kelibat itu merangkak.

Makcik Hajar yang melihat mulai mengigil Peluh memercik di dahi.Mahu bangun kakinya sudah longlai.

Kelihatan makhluk itu mendekat padanya.
Kaki makcik Hajar digigit kuat.Lalu orang tua itu mulai pengsan.

Kedengaran azan subuh.

Pakcik Daud mula bangun.Melihat ruang sebelahnya, kosong.Mata dibawa mengitari ruang bilik.Melangkah keluar lalu mencari isterinya itu.Sampai di dapur.Ruang tandas di jenguk.

"Allahu...Haj bangun." Sapa pakcik Daud

"Abangg." Bangun tersentak.

"Kamu tidur di tandas lagi." Kata pakcik Daud

"Ehh..semalam tidur di katil la." Hairan bila dirinya di dalam tandas.

"Dah bangun.Apa mimpi kamu ni Haj.
Berapa kali dah ni tidur sini." Bebel pakcik Daud ikut hairan.

"Aduhhh.." mendesis makcik Hajar bila kaki menyucuk sakit.

"Dah tahu sakit,nak tidur sini pula."

"Haj tak ingat pun, bila bangun." Berkerut dahi.Dirinya juga tidak ingat apa yang berlaku.

Lalu memapah isterinya duduk di kerusi meja makan.Pakcik Daud melangkah mengambil tuala lalu ke bilik air.Mandi dan solat subuh.

Makcik Hajar pula masih termangu di dapur.Cuba mengingatkan semula hal semalam.Tetapi langsung tidak diingati.

"Bangun la pergi mandi,dah subuh ni." Laung pakcik Daud.Melangkah ke dapur siapkan kopi sendiri.

"Abang nak makan ke?Haj masakkan."

"Takpe.. nanti makan di kantin je." Balas pendek. Sudah biasa rutin begitu sejak duduk berdua di rumah.

Makcik Hajar yang mendengar terus mengambil tuala.Lalu ke bilik air.Melihat ke cermin. Raut wajahnya tetapi dilihat ada kelibat di belakang tubuhnya.

Alihkan tubuh.kosong.Kelibat tadi tiada.
Dilihat semula cermin.Raut wajahnya saja sekarang.

"Perasaan kau je ni."

Sudahkan mandi lalu mengambil wuduk.
Masuk ke bilik masuk solat.Memakai telekung. Lalu sejadah dihamparkan.
Baru mahu mengangkat takbir.Terasa basah di kelah kangkangnya.

"Air apa ni?" Hairan

Lalu di cium.Hancing.

"Aku kencing ke?" Hairan.

Telekung dibuka.Lalu sejadah dan telekung yang terkena air kencing itu direndam di bilik air.Mengambil wuduk semula.

"Tak solat lagi?" Tanya pakcik Daud yang duduk di depan tv.Menonton rancangan ceramah awal pagi.

"Terkentut." Lalu melangkah ke bilik semula.Sejadah dan telekung baru diambil.Disarung kemas.Sejadah dihamparkan elok.Berdiri tegak.Baru mahu mengangkat takbir.Kedengaran bunyi kentutnya kuat.

UZAIR : KALI KEDUA (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang