FIFTH (SPIN-OFF EZRA RAFFAL'S DAN ZARILL)
🍁UZAIR & SOFEA🍁
Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang.
Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul.
Kerana amarah dan sakit ha...
Baringkan tubuh disebelah Zara bila hari mulai larut malam.Mahu melepaskan lelah seharian.
"Mama..papa jara lama lagi ke nak bayik?" Tanya suara kecil itu
Sejak tadi baring sambil anak patung koalanya dikepitkan dicelah ketiak.
"Kenapa tanya?" Hairan.
Selama anak itu membesar selalu di beritahu bahawa papa Izara Andara itu bekerja jauh dan lambat akan pulang. Penganti diri lelaki itu cuma gambar di telefon Sofea yang lama.
"Jara nak jumpa papa Jara.ari-ari Isya balik denan papa dia.Jara tak penah tenok papa Jara." Ujar anak itu sendu
"Kan dah tengok gambar."
Tahu lama kelamaan anak itu akan bertanya lagi dan lagi.
Nafas dihela panjang.
Pertemuan dengan lelaki itu dua hari lalu meresahkan hatinya ini.Tidak tahu reaksi bagaimana mahu di pamerkan.Semua rasa bercampur baur sekarang.
"Isya hari-hari boleh peyuk papa dia.Jara tak pernah pun.Kenapa papa Jara teja jauh?jauh tu detat mana mama?" Mula bersoal jawab pula sekarang.
Tahu akal bijaknya mulai berhubung sekarang.Makin bijak bila melihat keadaan sekeliling.
"Zaraa..dah lewat ni,tidur ya.Esok Zara sekolahkan?" Pujuk lembut.
Hatinya tidak betah dengan isu yang dibualkan ini.
"Mama janji denan Jara kan,nanti papa Jara balik kan mama?"
Jari kelingking di naikkan mahukan janji mamanya itu.
"Ermm.. kalau kita cari papa baru je boleh tak?papa Zara lama lagi baru balik ni."
"Tak nak..Jara nak papa Jara jugak."
Bila sejak kecil melihat wajah papanya di telefon masakan dia mahu papa yang lain.
"Hurmm..yela.tapi mama tak janji papa Zara balik cepat.Zara kena sabar boleh?" Bual lembut
Tidak tahu mahu memahamkan anak itu bagaimana.Lebih risau jika Ahmad Uzair itu tidak mahu menerima anak ini.
"Jara janji Jara shabarr.Jara tunggu papa Jara bayik jumpa Jara.Jara janji Jara jadi gud girl." Bual dengan mata perlahan mahu tertutup.
Mengantuk berat.
"Sorry sebab buat Zara kena tunggu. Mama minta maaf sebab lahirkan Zara dalam keadaan keluarga kita tak sempurna." Diusap perlahan kepala anaknya lama.
Sepanjang waktu ini,gagahkan diri kuat untuk anak itu dan Izara Andara itu kekuatan untuknya setiap saat.
"Keluarga papa Zara tak nak kita.kalau kita balik kesana,hidup kita dibenci Zara. Mama rela jaga Zara sendiri dari balik ke sana semula." Bisik perlahan dengan air mata.
Risau.
Kenangkan dirinya disihir kerana mereka tak mahu zuriat dari rahimnya.Makin takut jika mereka tahu kewujudan Zara, anaknya pula jadi mangsa.
Sakit hatinya belum mahu surut bila kenangkan wanita yang dianggap sebagai emak sanggup gunakan cara kotor mahu singkirkannya dari keluarga itu.Sanggup buat onar dengan aibkan dirinya.
Walaupun Ahmad Uzair itu tidak bersalah dan tidak tahu apa-apa,tetapi hatinya tetap sakit.Lebih sakit bila tiada perbualan atau ruang perbincangan diberikan untuknya.Berpisah yang terus seakan wajahnya jijik dipandang.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.