BAB 32

18.1K 585 41
                                        

Masih menjaga dan uruskan emaknya itu tanpa rungutan.Masih ehsan sebagai anak diletakkan ditingkat teratas walaupun hatinya patah beribu.

"Nak lagi?" Tanya perlahan

Tanpa riak,tanpa nada.Cuma kosong.

Kelihatan makcik Hajar itu cuma menggeleng.Birai matanya bergenang.

Hasil enam kali rawatan ustaz Azhar, kelihatan makcik Hajar itu sedikit membaik.

Dirinya juga turut sama berubat.Walaupun sihir pemisah itu cuma sedikit tetapi Ustaz Azhar minta Uzair juga berubat biar hilang sisanya walaupun ikatan perkahwinan mereka sudah terlerai dan berpindah rumah.

Hasil fisioterapi pula buatkan lumpuh separuh badan Makcik Hajar perlahan berkurangan.Bahagian kaki mulai boleh digerakkan.Cuma tangan kirinya masih keras dan wajah masih sedikit senget.

"Ma..k..min..mi..ta..ma.af." ujar Makcik Hajar susah payah.

Uzair yang mendengar mula bangun.
Berlalu ke dapur dan cuci semua pinggan mangkuk yang ada.

Pakcik Daud cuma memandang sejak tadi.Nafas berat dihela panjang.

Hani juga sama.

Mereka semua tahu,sejak beberapa bulan lalu lelaki itu sudah tidak bersuara jika tiada yang penting.

Bercakap juga tanpa riak,berwajah kosong semata.Seakan cuma hidup tetapi mati.

Pakcik Daud melangkah ke bilik.Lalu keluar semula seketika kemudian.

"Achik ikut ayah kejap." Sapa pakcik Daud dibirai pintu dapur.

Siap bilas tangan,mengikut langkah ayahnya itu.

"Kenapa?" Tanya pendek

Melangkah dan duduk di meja batu di luar rumah.

"Ayah tahu Achik marah,ayah faham apa Achik rasa.Ayah sangat berterima kasih pada Achik sebab masih nak jaga mak walaupun mak kamu banyak dosa pada kamu." Ujar pakcik Daud perlahan

"Zir buat sebab Zir anak."

"Ayah agak,cukup la sampai sini Achik berkorban."

Hatinya sakit melihat anak lelakinya begini.

Makin sakit bila gelaran dan bahasa dirinya sebagai "Achik" sudah hilang diganti dengan namanya sendiri.

"Maksud ayah apa?" Tanya hairan

"Pergi la cari kebahagiaan Achik,mak kamu tanggungjawab ayah.Cukup la berkorbankan diri kamu.Pergi cari Sofea semula kalau kamu sayangkan dia." Balas lembut

Lalu sekeping kertas dihulurkan pada Uzair.

"A.aa.yahh." Terkedu

"Ni alamat terakhir yang ayah tahu keberadaan dia,cuba la cari.Ayah boleh jaga mak,jangan risau.Ada kinah balik cuti,along pun dah pindah sini.Pergi cari Sofea,dia lebih perlukan kamu." Balas perlahan lalu bangun dan masuk ke rumah.

Uzair melihat alamat di kertas itu lama.
Lalu bangun melangkah masuk.Siapkan pakaiannya lalu ke katil makcik Hajar seketika.

"Zir minta maaf."

Lalu dahi maknya dikucup lama.

Bagasi di tangan diambil lalu melangkah keluar.

Hani dan makcik Hajar cuma memandang belakang badan lelaki itu melangkah.

"Pergila mak redha sekarang."

Bisik hati makcik Hajar.

Bisik hati makcik Hajar

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
UZAIR : KALI KEDUA (C)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang