Melihat papan tanda kampung Che manggis itu dengan senyuman.Memandu perlahan hingga nampak bumbung rumah pakcik Daud itu.
Kelihatan dibelakang keretanya diikuti kereta hitam kaklong Hani yang baru muncul dari simpang berlainan tadi.
Memarkir dihalaman rumah,lalu brake tangan ditarik.Masih berseluar kerjanya.
Cuma bert-shirt biasa.
Pintu kereta dikuak,lalu turun kaki.Melihat kereta kaklongnya memarkir disebelah.
"Dari mana ni?" Sapa Uzair
Melihat makcik Hajar keluar dengan plastik ditangan.Mendekati lalu,kekura tangan dan dahi emaknya dikucup sekilas.
"Dari pekan,beli barang sikit." Balas makcik Hajar membuka bonet.
Uzair yang melihat kaklongnya bersusah payah dengan anak saudaranya Irfan dan Irdina.Mula mengambil Irfan,lalu dikendong seperti selalu.
"Sunyi je..ayah belum balik?" Tanya sambil beberapa plastik dibonet diambil keluar.
"Belum agaknya.Ayah tu lagi tak pukul tujuh,tak baliknya dia.Hani bawa Dina masuk mandi,macam belacan dah." Ujar makcik Hajar membebel
Melihat cucunya comot benar bila ambil dari rumah pengasuh sekejap tadi.
"Fea mana?" Tanya sambil melangkah beriringan masuk ke rumah.
Kaklong Hani masih berbual di telefonnya bila tiba-tiba berdering.
"Ada dekat dalam kut,balik dari hospital tengahari tadi." Balas makcik tidak beriak.
Salam diberi beberapa kali.
"Aii..tidur tak sedar ke bini achik ni." Bebel makcik Hajar.
Lalu tangan sibuk mencari kunci rumah bila salam tidak bersahut.
Uzair sudah berkerut dahi..
Jarang tidur time sekarang..
"Ye..sabar.kejap la nenek buka pintu." Bebel kaklong bila anaknya mula merengek-rengek
"Dah banyak barang,dikunci semua pintu.
Tingkap pun tutup ni." Omel makcik Hajar lagi.
Pintu dibuka dan dikuak.Kelihatan televisyen dipasang.Kaklong sudah kelam kabut masuk dan ke bilik air dapur bersama anaknya.Makcik Hajar juga membawa barang-barang yang dijinjit ditangan ke dapur.
"Pergi ikut mama,mandi." Ujar Uzair pada Irfan
Lalu dibiar anak itu melangkah sendiri ke dapur.Melihat langkah yang bertatih itu dengan sengihan.
Melangkah ke biliknya di hujung sana.
Pintu dikuak.
Melangkah satu kaki.Mata terpasung tajam diruang katilnya.Melihat ke lantai dengan pakaian bersepah.
"Nurul Sofea!!." Jerkah Uzair kuat.
Kelihatan satu tubuh terpisat-pisat membuka mata.
Uzair sudah melangkah deras.
Lalu tubuh si lelaki ditarik turun kasar.
"Korang buat apa huh??"
Mahu hilang otaknya bila melihat dua tubuh itu saling berpelukan di atas katilnya ini.
"A..abang." sapa suara Sofea dengan suara serak.
Mata dibuka susah payah walaupun kepalanya berdenyut teruk.Wajahnya juga pucat.
Melihat keadaan dirinya kelam kabut.
Selimut diambil menutup bahagian badan yang terdedah dengan bukaan mata membesar.
Tidak sedar air mata bertakung.Cuba memutarkan semula apa yang berlaku.
ANDA SEDANG MEMBACA
UZAIR : KALI KEDUA (C)
RomanceFIFTH (SPIN-OFF EZRA RAFFAL'S DAN ZARILL) 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit ha...
