Melihat kebun ubi di tepi rumah lama,
duduk di meja batu luar sambil merokok sesekali melihat kertas yang ada di atas meja itu.
Lalu keluhan dihela sekilas.
Johor....
Hasil kerja Emir yang dihantar ke sini sekejap tadi diteliti dari tadi.
"Jauh.." gumam perlahan
Kedengaran bunyi bising enjin motosikal masuk dihujung lorong rumahnya.
Pakcik Daud yang melangkah keluar,ikut sama melihat ke sana lalu kaki dibawa ke meja batu.
"Assalamualaikum.." laung pakcik Ayub dari atas moto tanpa sempat enjin dimatikan.
"Waalaikumussalam." Jawab dua beranak itu serentak.
"Mari la duduk minum.Dari mana Yub?" Pelawa pakcik Daud
"Dari dusun.Saja aku singgah.Ni ada sikit manggis."
Mula turun dari motosikal dengan seplastik manggis.Duduk dibangku batu sama.
"Terima kasih." Ujar pakcik Daud.
Melihat isi di plastik kuning itu.
"Minum." Pelawa Uzair
Lalu di letakkan cawan berisi teh 0 panas
"Kamu balik cuti ke Zir?lama aku lalu tengok kamu ada selalu." Tanya hairan
Diteguk air sedikit.Buat basah tekak.
Geng bawang lelaki sekarang.
"Dah berhenti,balik jaga mak tu."
Lalu buah manggis diambil satu.
"Laaa.berhenti?sayang la.Kamu dah lama,pangkat lagi." Balas pakcik menepuk dahi
"Ada la rezeki lain nanti." Wajah tenang ditayangkan
"Bini kamu sakit lama?belum elok ke?."
"Belum elok la,kalau elok takde le si Zir balik ke sini."
Sambil makan manggis sama.
Makcik Hajar di dalam sana,mulai menderita semula.
Makhluk yang selalu mengusiknya,cuma mengusik dirinya sahaja.Sesekali datang bertenggek di riba wanita itu,sambil nyanyi dengan suara nyaring.Bila lapar,
kaki makcik Hajar jadi mangsa gigi taringnya.
Ya Allah,ambil la nyawa aku ya Allah..
seksa sungguh.
Ayat yang mampu dibisikkan di dalam hati.
"Lama dah sakit,tak cuba berubat kampung?" Soal tiba-tiba.
"Pak Ayub ada tahu ke nak berubat dekat mana?" Tanya Uzair terus.
Pakcik Daud terjungkit kening.Melihat teman sekampungnya itu.
"Hurmmm...kalau berubat kampung ni aku pun tak ada kenal." Dahi berkerut seakan berfikir
"Kami pun tak tahu nak berubat ke mana." Balas pakcik Daud mencelah
"Cuba panggil ustaz Said tu datang tengok."
"Dah kenapa nak panggil ustaz ni?bini aku tu stoke Yub.." ujar pakcik Daud menggaru kepala.
"Ustaz tu imam masjid kampung sebelahkan pak Yub?" Tanya Uzair pula.
"Ha dia la tu..Aku ni..serba salah nak cakap."
Memandang dua beranak itu silih berganti.
Sambil lengannya di usap perlahan.Bulu tengkuknya mulai meremang.
ANDA SEDANG MEMBACA
UZAIR : KALI KEDUA (C)
RomanceFIFTH (SPIN-OFF EZRA RAFFAL'S DAN ZARILL) 🍁UZAIR & SOFEA🍁 Disangkakan perjalanan perkahwinan itu mudah bila saling suka dan cinta.Namun badai datang tanpa diundang. Segalanya ranap bila selepas satu,satu masalah muncul. Kerana amarah dan sakit ha...
