Ending

245 5 1
                                    

Tiada siapa tahu yang Danny takkan bertahan lama. Hanya Is dan Arman sahaja. Is minta untuk rahsiakan daripada semua orang. Bergilir gilir mama, papa, Is, Haris dan Lisa menjaga Danny.

Sudah seminggu Danny terlantar. Tiap tiap hari Is dan Arman rasa tak cukup nafas. Sentiasa berharap Danny masih kuat.

"Is nanti masuk office aku jap."

Is mengangguk.

"Lisa akak pergi jumpa Arman jap"

"Okay kak"

"Kenapa Man?"

"Alhamdulillah keadaan Danny makin baik. Aku yakin dia kuat."

Hati Is sedikit lega. Mata dah berkaca.

"Kita teruskan doa. InshaAllah. Ajal maut semua ditangan tuhan"

"Thank you Arman"

"Is by the way aku tak nampak Han. Farid ada jugak haritu datang. Han ada kes kena handle ke?"

"Maybe, aku pun tak sempat nak tengok handphone. Entahlah Man, aku terlalu fokus pada Danny"

"Takpelah, aku tanya je. Dia busy la tu"

"Lisa, akak balik dulu k? Nanti akak datang lagi"

"Okay kak, hati hati drive"

Sampai kedalam kereta, Is teringat kata kata Arman. Betul la sampai tak perasan Han tak datang sebab sibuk fokus pada Danny. Is cuba mencari phone dalam handbag. Dapat handphone Is tengok ada notification dari Han. Dah semalam rupanya Han wasap.

Is baca satu persatu. Makin dibaca makin perit rasa hati. Is memegang dada, nafas semakin laju. Air mata jatuh ke pipi, dalam kesukaran bernafas, Is tetap habiskan baca wasap Han. Runtun jiwa.

-Assalamualaikum cinta.

Pertama sekali saya nak minta maaf banyak banyak sebab terpaksa buat keputusan ni. Saya rasa diri saya tak layak untuk awak. Saya tahu awak cintakan Danny. Saya dengan rela hati lepaskan awak pergi.

Maaf saya tak bersemuka sebab saya tak sanggup nak pandang awak. Saya harap awak bahagia. Issabella Warith, saya cintakan awak tapi saya undur diri. Semoga kita berdua bahagia dengan hidup masing masing.-

Sakitnya hati bagai dirobek robek. 'Breath Is breath !' Tangan digenggam lalu ditumbuk tumbuk steering. Is cuba bertenang dan cuba mencari oxygen, berpeluh peluh dahi.

Hampir setengah jam Is struggle dalam kereta seorang diri. Lantas Is mengambil keputusan untuk mencari Han di balai. Laju kereta memecut, di lap air mata.

'Tenangg. Aku kena tenang'

📄

Sampai sahaja di balai, Is masuk dan melihat Farid di meja. Salah sorang anggota menyiku lengan Farid dan menunjukkan ke arah Is.

"Han mana?"

Farid bangun dari kerusi tapi tak dapat menjawab soalan.

"Aku tanya Han mana?!" Suara dah semakin bergetar.

"Farid jawablah ! Han kat mana??"

"Is..." Farid menarik Is masuk ke dalam satu bilik. Bilik meeting mereka mungkin.

"Kenapa kau taknak jawab? Aku tanya Han mana Farid?!"

"Is, aku minta maaf..Han tak ada"

"No ! Just cakap dia kat mana!" Air mata mula turun

"Han dah tukar tempat kerja. Dia pesan jangan bagitau siapa siapa. Aku minta maaf."

"Kenapa dia buat aku macam ni? Kenapa dia main main dengan hati aku? Kenapa dia sanggup seksa aku?"

Is jatuh terduduk sambil menangis.

Farid juga menahan sebak. Tak sanggup tengok Is menangis sebegitu rupa, tapi yang sana pun kawan baik jugak.

"Is aku dah cuba, tapi dia tetap dengan keputusan dia."

"Dia langsung tak hiraukan hati aku. Dia langsung tak bagi aku peluang Farid 😭. Aku tak pernah ragu ragu dengan cinta dia, kenapa dia tak percayakan aku??"

"Is dah la.."

"Aku benci dia !!! Aku benci dia !!!!" Is menjerit meraung dalam tangisan. Sayu hati Farid melihat. Farid membiarkan Is menangis seorang diri. Pujuk pun masih tak jalan. Makanya Farid menunggu sehingga Is betul betul berhenti menangis.

📄

Lama Is berkurung dalam bilik. Haris masuk dengan membawa makanan.

"Is, i bawak nasi goreng ni"

Is berbaring dengan pandangan kosong. Bilik huru hara bersepah dengan amukan Is. Haris kemas satu persatu yang bersepah atas lantai.

"Biarlah nanti i kemas"

"Is.."

"Kenapa dia buat i macam ni Haris?"

Haris mengambil tempat di sisi Is.

"Is, Han ada datang jumpa i sebelum dia pergi. Dia cerita semua. Dia dengar u kata u cintakan Danny. Dia rasa dia penghalang antara cinta u dengan Danny. Dia lepaskan u pada Danny. Dia cintakan u sangat sangat, tapi dia tak sanggup nak tengok u pendam perasaan untuk Danny"

"Noooo, dia tak cintakan i ! Kalau dia cintakan i dia takkan buat macam ni !"

"Is , i tak boleh nak halang dia. Tu keputusan dia. I pun tak tahu apa ada dalam hati u"

"Hanya ada dia dalam hati i, kalau tak, takkan la i nak kahwin dengan dia Haris !!! Kenapa dia tak boleh nak faham hidup i !! Sakit Haris !! Sakit !!!"

Mata Haris berkaca.

"I dah cakap dia mungkin salah faham. Tapi..."

"I benci dia !! I benci dia sampai bila bila !! Dia tinggal i dalam keadaan i macam ni. Dia tinggal i dalam keadaan semangat i tak ada !! I minta postpone nikah bukan batal !! Ya allahh ! Dia tak pernah faham hidup i !"

Is bangkit lalu memeluk Haris.

"Sakit Haris..😭 Hati i sakit sangat !!"

Haris menepuk nepuk belakang Is.

"I faham..sabar Is"

📄

Danny masih belum sedarkan diri.

Is berkurung dalam bilik.

Semua orang terkejut dengan keputusan Han. Tapi tak boleh buat apa. Hanya Farid je tahu Han kat mana. Tapi Farid tak berani bagitahu walaupun rasa serba salah menguasai diri bila tengok keadaan Is. Tapi Han pun kawan baik dia jugak.

📄

Tidak selamanya yang terbaik adalah bertahan, terkadang melepaskan juga menjadi hal terbaik ketika bertahan terasa menyakitkan.

📄

Menyayangi tidak semestinya memiliki. Kalau betul kita sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi untuk cari kebahagiaan walaupun hanya kesakitan yang mampu kita tanggung.

-Jumpa di seorang gadis 2-
-TAMAT-

Seorang GadisWhere stories live. Discover now