Semua sudah siap berkemas, lalu menaiki bot untuk pulang. Mereka merancang pulang awal kerana mahu singgah dikampung Han. Is makin seronok la dengar nak singgah kampung.
Is, Han, Lisa dan Arman satu kereta. Danny, Haris, Aileen dan Farid satu kereta. Walaupun hati rasa sayu nak tinggalkan pulau tapi terpaksa dilepaskan. Siap berjanji nanti nak datang lagi.
Is dah terbayang keseronokan kampung. Rindu betul dengan semua di kampung.
📄
"Yeayy dah sampai!!"
Macam biasa la, disambut meriah oleh ahli keluarga Han. Mak abah lagi seronok ramai datang.
"Jom jom naik atas. Mak ada buatkan kuih"
"Jom gais, naik"
Mak hidangkan kuih muih. Sambil rancak berborak.
"Han kata taknak makan nasi sebab dah makan, mak buat kuih je la."
"Tak pe makcik, kenyang lagi" ujur Haris
"Takpe mak, nanti Is nak ajak diaorang makan meesup yang kat ujung sana. Sedapppp. Rindunya"
"Haa Is, parit mana hang jatuh?"
Semua kemam bibir tahan gelak.
"Eshann!! Mak tengok anak mak ni, tak boleh simpan rahsia"
Mak abah geleng kepala, nak gelak rasa kesian. Tak gelak kelakar pula bila teringat. Adik dah mengekek kat tepi.
"Makang la belaka." Jemput abah
📄
"Betul ke ngoh nak akad bulang depang?" Soal abah.
Han mengangguk.
"Alhamdulillah molek gok. Lagi cepat lagi baguh. Aboh dok kesoh mana mana, aboh mok ikut belaka"
Semua tersenyum.
"Pakcik orang terengganu ke?"
Soal Arman yang dari tadi cuba memahami abah bersembang.
"Hor, dulu pung duk dinung belaka. Ni dapat keje sining, umah sining, tu jadi orang sining plok. Kalau dok pahang pokcik cakak kabo la, dok reti mana pokcik nok cakak KL"
"Faham je pakcik, cuma lambat sikit. Hehe"
Arman dan Han memerhati dari beranda rumah sambil berborak dengan abah. Semua seronok di laman rumah.
📄
"Patutlah kak Is suka sangat dengan kampung abang Han, seronok." Ujur Lisa.
"Lisa dah pilih orang bandar tak de lah suasana kampung" Haris menyakat
"Adik apa adik cakap tadi? Dok tong?" Soal Aileen cuba memahami adik
"Dok...rok..cetong kak. Abang Farid dok rok cetong sebab takut ayang" adik cuba ulang
"Oohh dok rok cetong mung" sambil Aileen tunjuk ke arah Farid. Semua ketawa terbahak bahak. Adik lagi lah.
"Ya allah Is, susah nya. Aku tak pandai" Aileen sambung ketawa.
📄
Masa mencemburui , maka mereka terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada family Han. Sebelum balik dah janji nak pergi makan meesup. Sampai di kedai meesup, Is ternampak Diha.
"Eh abang, baru sampai ke?"
Is tersenyum kelat. Orang lain tak menghiraukan, segera ambik tempat sebab tak sabar nak makan.
"Baru je tapi nak balik dah. Singgah makan meesup, buah hati nak makan"
"Ooo okaylah Diha balik dulu"
"Haaaa okay"
Is merenung Han dengan penuh senyuman sinis.
"Tak de 'hati hati balik' ke?"
"Heee dah serik dah. Cukup lah sekali"
"Tau pun serik. Kalau lagi sekali siaplah awak!"
Mereka makan dengan penuh berselera.
"Betuii la hang kata Is. Sedap sungguh !"
"Haah, sedap gila" semua mengangguk dengan kenyataan Farid dan Haris.
Sorang dua mangkuk, semangkuk tak cukup. Memang kekenyangan la. Masing masing tolak taknak drive sebab kekenyangan. Siapa kalah nasib la kena drive balik Kl.
📄
Sampai sahaja dirumah Danny, masing masing ambil kereta masing masing lalu pulang kerumah. Tak cakap banyak ye, penat agaknya terus nak pulang semua. Tak sempat jemput masuk.
"I masuk dulu, u borak la dengan Han. Jangan lama lama, sian Han penat" ujur Haris lalu masuk ke dalam rumah. Lisa dan Danny awal awal dah masuk.
"Okay Haris. Goodnite"
"Seronok?"
"Seronok !! Nanti kita pergi lagi tau."
"InshaAllah. Is start esok saya mungkin saya busy tau. Lepas dah selesai semua kita setel pasal nikah kita ye. Tunggu saya tau"
"Okay handsome"
'Kenapa tiba tiba hati rasa sayu pulak malam ni. Asal cakap pasal kahwin je mesti hati rasa lain. Macam ni ke orang nak kahwin?'
Is membebel dalam hati.
"Awak fikir apa?"
"Eh tak ada apa apa. Teringat pulak kat pulau. Rindu. Masih tak boleh move on"
Han membalas dengan senyuman.
"Okaylah awak pergi balik, kesian awak penat. Arman memang tak boleh harap la, langsung taknak drive. Macam mana la nak jaga Lisa. Aishh. Saya nak drive awak tak bagi"
"Arman penat tu, orang lain dua mangkuk meesup, dia tiga. Mana tak penat."
"Hahah haah kan. Agaknya dia baru kenal meesup kut"
"Okaylah cinta, saya balik dulu. Apa apa wasap je k? Saya sayang awak tau"
"Okay handsome. Bye. Sayang awak jugak"
"Assalamualaikum bakal isteri"
"Eh? Dah tukar. Okay waalaikumussalam bakal suami"
🥰
📄
Is naik tangga menuju ke bilik.
"Is "
"Aaa!!"
"Eh u ni kan, tau tau je i lalu. Selalu macam tu"
Danny ketawa di depan pintu bilik.
"Kenapa?"
"Tak ada apa, saja nak borak"
"Dapur jom? Dahaga pulak rasa"
Danny mengikut Is ke dapur. Sambil lepak di meja makan sambil borak.
"So u memang tak jadi pergi oversea kan?"
"Yela, kan i dah janji dengan u, nak teman u"
"Danny thank you"
"Nothing la. Betul la u cakap, takkan i nak tinggal u, hari bahagia u kot, i kena la ada sekali tengok u bahagia"
"Danny...im sorry"
"Sorry kenapa?"
'Haihhh nak je cakap sebab awal awal tak tau u cintakan i'
"Sorry kenapa Is?"
"Errrr takla. Kalau selama ni i susahkan u"
"Mana ada susah. Tak pernah rasa susah pun"
'Hurm, kalau aku bagitau sekarang perasaan aku dia boleh terima ke tak?'
Dua dua diam dengan persoalan masing masing.
"Okaylah, i naik dulu. Danny...."
"Huh?"
"Apa apa yang jadi, i tetap sayang u tau"
"Oh ? Tak pernah pernah Issabella cakap sayang i ni"
"Kena la cakap, nanti dah jadi isteri orang tak boleh dah"
Danny ketawa, Is cepat cepat berlari keluar dari dapur.
YOU ARE READING
Seorang Gadis
RomanceIssabella seorang gadis yang kematian ibu dan bapa, lalu diambil anak angkat oleh satu keluarga. Pelbagai ujian dan dugaan dihadapi. Namun dirinya sentiasa dikelilingi 4 lelaki, yang mana satu pilihan hati Issabella.