42

75 1 0
                                    

"Mulai sekarang duduk rumah. No need stay kat kolej. Nak apa apa, papa ada abang ada. Pak Mat pun boleh hantarkan"

Hampir mengamuk papa selepas tahu kejadian menimpa Lisa semalam. Lisa terpaksa akur, kalau papa dah nak mengamuk siapa je tak takut.

"Aduuhh risau betul mama. Lepas ni no need naik grab"

"Yela Lisa minta maaf. Janji lepas ni dengar cakap mama papa."

"Cakap abang tak nak dengar?" Danny mencelah

Lisa menjeling tanpa menjawab. Dua beradik ni kalau tak gaduh tak sah.

"Urm. Papa, mama. Is ada benda nak bagitau"

"Apa dia?"

Semua menanti dengan penuh tanda tanya.

"Han nak akad dulu, majlis kemudian. Mama papa okay ke?"

"Alhamdulillah, papa okay je. Lagi cepat lagi bagus. Bila?"

Mama turut tersenyum.

"Err bulan depan?"

"Boleh sayang. Is kena cepat cepat lah setel borang semua. Nak akad kat mana?"

"Kalau Is nak buat kat rumah Is boleh?"

"Okay tak ada masalah. Its your wedding"

Is cuba memandang Danny, tapi kemas betul Danny tutup kedukaan dengan senyuman.

📄

Is perhati dari tadi Danny keseorangan di laman rumah. Jauh betul termenung dari tadi.

"Fikir apa?"

Danny memalingkan muka dan membalas senyuman. Is tarik kerusi lalu duduk di sisi Danny.

"Danny i nak minta something boleh tak?"

"Huh ? Nak ajak makan steak la tu"

"Bukan, kali ni lain sikit"

"Lain? Nak hati i ke?"

"Ish dia ni. Bukan. Lagi serious"

"Lagi serious? Humm apa erk?"

"I nak u...."

"Nak i ?!"

"Ish tak habis cakap lagilah ! I nak u ada masa akad nikah i nanti. Boleh? Janganlah pergi oversea"

Danny menundukkan wajah. Diraut muka lalu meraut rambut kebelakang. 'Haihh hensem sungguh'

"Is, i tak janji"

"Danny kali ni je. I nak sangat u ada kat sisi i. I tahu u sedih i nak kahwin, i pun sedih jugak sebab lepas ni kita maybe dah tak macam ni. Tapi satu tu je i minta. Anggap je la thats was my wedding gift"

Danny memandang Is tepat di mata.

"Danny i tak ada wali, tak ada blood relatives. So i nak semua orang yang i anggap macam family i, ada di hari bahagia i"

"Hurmmm"

"I taknak kahwin kalau u tak ada"

"Jangan nak mengada la Is, nanti nak jawab apa dengan Han?"

"Ala pleasee la. Im begging u. Kalau u sayang i, u have to be there"

"Janganlah ugut i"

"Nak ugut jugak. Setuju cepat, kalau tak i nangis ni. Air mata dah nak keluar ni. Ngadu kat papa nanti. U selalu buat i ketawa kalau i nangis, nanti kalau i nangis masa nikah siapa nak buat i ketawa ?"

Danny ketawa besar.

"Okay la bie. I janji i teman u nanti masa majlis. Puas hati?"

Danny terpaksa mengalah dengan pujuk rayu Is

Seorang GadisWhere stories live. Discover now