Di pejabat Arman.
"Bila kau nak cakap kat papa?"
"Sabar lah, aku nervous. Fikir pun rasa hilang darah dalam badan"
"Oh takut? Kau lamar Lisa depan abang dia tak takut?"
"Heee, Danny lain. Mama dah tahu ke?"
"Belummm. Kitaorang nak tunggu kau datang rumah"
"Is tolong la aku. Macam mana eh? Ke nak bawa rombongan terus?"
"Hahaha up to you Man"
"Is, aku tengok makin dekat kau nak kahwin ni makin lain je kau. Ada masalah ke?"
"Huh? Mana ada"
"Air muka kau tak leh sorok dari aku. Bukan baru kenal kau, dah lama kot, kau kena gigit semut pun aku boleh agak"
"Aku tak tahu Man. Macam ada yang tak kena la everytime cerita pasal kahwin. Hati macam rasa tak sedap. Macam ni ke nervous nak kahwin?"
"Maybe. Tak pun hati kau je tu, kau fikirkan sangat. Nervous tu biasalah"
"Doktor, ada case" seorang staff memaklumkan pada Arman.
"Is aku kena pergi ni"
"Takpe, just go je, pandai pandai lah aku balik. Pergilah"
"Okay sorry tau!"
Arman berjalan menuju ke ICU.
"Case apa ni?"
"Seorang lelaki menaiki motor accident dengan hilux. Cedera teruk di bahagian kaki dan kepala alami pendarahan"
"Ada identiti ke?"
"Ada. Danial Fakhri , 27 tahun"
Kaki Arman terhenti. Jantung bagai nak pecah.
"Tolong informkan pada ahli keluarga dia secepat mungkin !"
Nurse tadi berjalan dengan laju untuk ke kaunter
"Nurse ! One of his family ada dalam office saya, tolong inform"
Nurse tadi mengangguk.
Is mencapai handbag, lalu bangkit dari kerusi. Seorang nurse masuk membuka pintu.
"Doktor Arman dah pergi tadi" ujur Is
"Bukan...Cik ni ahli keluarga Danial Fakhri ke?"
"Huh?...ye saya"
Nurse tadi menerangkan apa yang terjadi. Kelam kabut Is berlari pergi ke depan ICU. Terketar ketar tangan mendail nombor papa. Tak senang duduk Is menunggu. Kejap bangun kejap duduk. Hati ni rasa memang tak tertanggung.
"Please la Danny, i tau u kuat"
Mama, Papa dan Lisa sampai.
"Macam mana Is?"
"Is tak tahu papa. Arman ada kat dalam"
Mama dah menangis. Lisa cuba menenangkan mama.
"Mama tenang, kita tak tahu lagi macam mana. Mungkin tak teruk sangat ke. Kita doa yang baik baik ye"
Is memeluk mama.
"Mama dah pesan tadi bawa kereta, dia nak bawak motor jugak. Ya allah selamatkan lah anak aku"
Is dan Lisa menepuk manja mama supaya bertenang walaupun hati sendiri tak boleh nak bertenang.
Makin lama makin resah menunggu. Makin banyak persoalan dalam kepala.
📄
Makan jam jugak tunggu kemunculan Arman. Masing masing diam membisu. Hanya esakan kedengaran sekali sekala.

ANDA SEDANG MEMBACA
Seorang Gadis
RomanceIssabella seorang gadis yang kematian ibu dan bapa, lalu diambil anak angkat oleh satu keluarga. Pelbagai ujian dan dugaan dihadapi. Namun dirinya sentiasa dikelilingi 4 lelaki, yang mana satu pilihan hati Issabella.