Tangan dihulur menyambut huluran tangan Fajar untuk menyarung cincin. Bibir Arisha tidak lekang dengan senyuman semenjak Fajar selesai akad. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Dia sudah pun menjadi isteri Fajar.
Dahi Arisha dikucup. Betapa gemuruhnya Fajar sejak tadi. Nak kucup dahi Arisha saja dah terketar-ketar tangan. Peluh usah dikata. Berkipas pun masih membasahi sisi wajah dan telapak tangan.
Ayu menyenggol siku Puan Rosna. Isyarat menyuruh Puan Rosna mengukir senyuman dibuat. Dingin sahaja wajah wanita itu tanpa senyuman. Datang ke situ pun diheret oleh Ayu. Kalau Ayu tak paksa dia pergi, memang tak nampaklah muka.
“Aku akad dulu tak nervous macam dia long,” kata Qaayed. Mata memerhati Fajar yang melangkah masuk ke dalam rumah sepulang dari masjid. Mereka duduk di luar. Sajalah nak berbual-bual sekejap memandangkan baru masuk waktu tengahari.
“Personaliti kau lain, Fajar lain. Lagipun kau dengan Muna dah berapa tahun kenal sebelum akad tu? Dah lama, kan? Terbiasa dah pun. Fajar… aku fahamlah dia sikit. Dia kenal Arisha tak lama. Macam aku kenal kak long kau dulu. Masa akad tu baru kali kedua tengok rupa masing-masing. Nervous laa.”
“Punca utama dia bukan kenal lama ke tak. Fajar tu kurang keyakinan diri sikit bab-bab penerimaan orang. Adik kau berbisa sikit. Dia yang ngorat Fajar. Bukan Fajar ngorat dia.” Ujar Khairul.
“Seingat aku Fajar yang cakap dia nak kenal Arisha dulu. Bukan ke tu maknanya Fajar yang ngorat Arisha?” Soal Asfan.
“Memang Fajar yang mulakan langkah, tapi yang ngorat tu Arisha.”
“Mana kau tahu? Fajar tak ada cerita pun dekat aku.”
“Aku terdengar masa diorang berbual dekat restoran. Dekat kedai makan. Pastu dekat rumah Nek Uza.”
“Betul kau cakap. Arisha yang ngorat Fajar. Bukan Fajar yang ngorat Arisha. Aku sendiri dengar masa dekat restoran. Dekat pantai hari tu pun ada. Tak sangka muka adik aku cukup tebal. Dua kali lima aku je,” Kata Qaayed.
“Sedap gosip bang? Memang Arisha yang ngorat Fajar. Fajar handsome. Terlepas nanti rugi laa Arisha. Mana nak cari suami macam Fajar nanti?” Sampuk Arisha. Sisi tubuh bersandar pada bingkai pintu.
“Fahim ada.” Dengan riak polos Azam berkata.
“Purfttt!” Tersembur air oren yang diminum oleh Fahim diikuti batuk-batuk.
“Otak kau tertinggal dekat rumah ke?” Kata Asfan geram.
“Aku gurau. Gurau hahaha!”
“Mana Fajar?” Soal Hakimie. Masuk-masuk rumah terus hilang. Hairan juga dia. Dia nak masuk, malas. Ramai sangat orang dekat dalam.
“Fajar ajak opah tengok-tengok dalam rumah macam mana.”
“Mak kau mana?” Iwan kalih pandangan ke arah Fahim.
“Balik terus dari masjid tadi. Mak cik paksa dia datang. Marahlah. Aku tak sempat bagitahu lagi pasal Mak Cik Mawar. Mak aku asyik mengelak.”
“Mak kau lagi keras kepala nak dibandingkan Fajar. Biar aku bagitahu dia.” Asfan berdiri. Kaki melangkah ke arah kereta miliknya.
“Aku ikut. Melati, nanti bagitahu Kak Sya abang balik sekejap.” Fahim terkocoh-kocoh mengekori Asfan.
“Qaayed!”
“Haa!” Sahut Qaayed. Kepala dijengul memerhati Muna yang berjalan menghampiri mereka.
“Awak ikut saya jap. Pergi pasaraya, cari barang.”
“Pergi pasaraya? Sayang. Aku kacak tak?”
“Kacak.” Bersahaja Muna menjawab. Kedua belah tangan mencekak pinggang sambil sepasang mata memerhati penampilan suaminya itu.
YOU ARE READING
UNTUK MENERIMA SEADANYA
Romance[UPDATE] [FAMILY/ROMANCE] Hilangnya cahaya saat kasih sayang memudar. Kenapa perbezaan itu menyakitinya? Goresan luka menjadi semakin dalam mendengar bait-bait kata daripada ibu kandung. Bukan sekali, malah telah menikam pendengarannya berkali-kali...